Nuffnang ads

Khamis, 23 Mei 2013

tukar sekolah lak

pagi semalam masuk ofis kul10pg sebab settlekan proses pemindahan pendaftaran abe long untuk tahun depan..tahun lepas aku daftarkan abe long kat sk tanjong chenak..sekolah ni dulu dari umi aku lagi belajar kat sini sampai ler aku n adik2.

ingatnyer nak jugak hantar abe long kat sini tapi xkesampaian lak sebabnyer tahun depan dah boleh tinggal kat umah sendiri..memang dari awal lagi dah plan siap2 untuk pindah ke kb tahun depan, tapi aku kene daftarkan jugak abe long ni kat sekolah pasir mas takut2 xjadi pindah lagi kat kb..kan kene daftar awal utk darjah 1. tu pun dah kira lewat daftar,sepatutnyer umur 5 tahun lagi kene daftar.



kul8.30pg dah sampai kat sk tanjong chenak, sambil2 tunggu kerani wt surat pemindahan pendaftaran, abe long sempat pusing2 bangunan...dia kata nak sekolah kat sini sebab ada padang bola nanti boleh main bola..aku cakap la kat dia, sk ismail pun ada padang bola gak. 

kat umah tu boleh dikatakan tiap2 petang dia main bola kat halaman umah.nasib baik la halaman umah umi aku tu luas.

kalo abe long dok kat halaman, abe ngah mesti nak sertai jugak...ooiiii abe ngah kalo boleh dok luar umah memang beraya sakan la dia, berlari sana sini..xkira dah nyamuk gigit dia pun xkisah...pastu garu sana sini la..aku panggil masuk umah xmaunyer dia...lagi berlari ada la risau takut aku amik dukung dia.



sekolah ni dekat ngan tempat keje aku..drive keta xsampai 5minit dah sampai..senang la kan dekat ngan aku..time lunch boleh g amik dia..petang lak aku hantar dia kat tadika islam, belakang jkr jer.



xsangka lak kat sekolah ni masih lagi guna mesin taip...zaman dah moden semua orang dah guna komputer tapi diorang masih lagi simpan n guna mesin taip. aku tanya naper xguna komputer, kerani tu cakap lagi senang guna mesin taip..biasala kan orang dah berumur n dari dulu lagi guna mesin taip tu yang diorang selesa guna tu.

masuk sekolah belum lagi just daftar jer tapi utk pindah pendaftaran ni kene gak g PPD untuk settlekan benda ni..mak oiii susah bebenor sekarang yer kene libatkan PPD dah sekarang..surat tu belum lagi amik kat PPD KB..hari ni baru g amik sebabnyer pegawai PPD xde semalam g meeting,so kerani suruh datang amik pagi ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda amatlah dialu-alukan..