Nuffnang ads

Rabu, 23 Oktober 2013

Si Comel Kami


sekarang umur saya 9 bulan..saya belum tumbuh gigi lagi n belum boleh merangkak lagi.



saya jupe nga ibu saya 2 minggu sekali jer.. alhamdulillah saya masih lagi menyusu ibu saya. walaupun saya berjauhan dengan ibu, saya tetap rindukan ibu saya sebab itulah apabila saya dapat bersama ibu, saya dah tak nak kat orang lain. saya nak ibu saya jer jaga saya.


saya suka wt mimik muka macam ni tau..saya tiru gaya abe ngah.






ini abang-abang saya..sama x saya dengan diorang?

*p/s : sejak dua menjak pindah keje kat KL ni, macam xder mood jer nak update blog..tapi saya ada berita gembira ingin dikongsi bersama.. in sha allah jika tiada halangan bulan 12 tahun ni saya dapat pindah ke klante jua. alhamdulillah..

Isnin, 15 Julai 2013

Gaya budak comel makan kek

bulan ni baru update 2 citer.. xsompet den sebab tengah kalut prepared kerja2 yang patut diselesaikan. walaupun dapat jawatan baru tapi kerisauan tetap ada dalam hati kecilku ini. risau posting sebenarnyer.harap2 dapat la kat kelantan gak.

alkisahnyer hari sabtu lalu kitorang pegi kbmall pusing2.  abe long lapar mtk makanan, xpuasa budak ni hah..so kul5.30 tu beli la kat dia kek secret ni. dia pilih coklat cheese. dengan ibu dia pun terliur bila dgr cheese. peberet i tu.hahahahah..tapi kene tahan jugak la puasa katakan.baby mizan tinggal kat umi. 


ok2 jom layan budak comel kimi ni yer...


muka dah calar2 sebab kene cakaran awek cute dia kat umah..hahahahaha.biasa la budak2 kalo xgaduh xboleh.




wow siap naik atas meja dah si kimi ni haa


abe long dah kekenyangan menikmati kek sedap ni.ibu jgk ler telan air liur



*p/s : hadiah yang xternilai dihari jadiku, dapat keje baru.alhamdulillah... tq Ya ALLAH. moga rezeki kami sekeluarga sentiasa murah n dirahmati ALLAH. aaminn.

Rabu, 10 Julai 2013

Majlis Jalinan Mesra Puspanita

hellow...hellow... huisshhh lega rasanyer segala persiapan untuk terima jawatan baru hampir selesai. moga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. ok2 aku nak citer kisah 2 minggu yang lepas..
kat jkr ada majlis jalinan mesra anjuran puspanita kelantan. setiap jabatan di negeri kelantan dijemput pada hari tu.

aku dapat kupon free sebabnyer bahagian arkitek sponser untuk 10 orang jer.jadi orang2 yang terpilih jer dapat g majlis tu.



ni ler dia makanan kat majlis tu. macam biasa kuih muih memang xleh lari dah mesti kene hidang jgak.

lepas makan kuih-muih aku makan lak mee kari ni..yumm yumm sedap..tambah2 hari ni lak first day pose..telan air liur aku ni haa..


time ni xramai lagi orang. aku g kat majlis tu dalam kul12.30 tghr. time ni la xpayah nak berebut amik makanan.kalu ramai kang susah lak nak pilih makanan, betui dak?



 tapai pun ada


 tauhu sumbat


semua makanan yang terhidang tu diorang buat sendiri jer..kul8pg dah ready masak kat dapur puspanita jkr. nasi ayam jer diorang order.mana sempat beb masak semua dalam setengah hari. mengalahkan orang wt kenduri lak.


 ni suasana kat dapur..masing-masing cbuk membzkan diri..hahahhahaha....time ni hampir clear dah. aku datang makan jer.so pic diorang masak xder la.


p/s : penat wooo badan. petang semalam baru sampai klate dari kl. tambah2 plak aku diserang sakit mata.hari ni sepatutnyer dapat mc lagi tapi aku datang gak ofis ni nak selesaikan apa2 yang patut sebelum terima jawatan baru tu.

Rabu, 26 Jun 2013

Lazatnyer Air Nyor Muda



woow woow beraninyer adik aku ni panjat pokok nyor..semata- mata nak penuhi keinginan tekak masing2. aku tengok pun gayat dah.


kahkahkah (gelak guling2 atas katil) korang tertipu..pokok nyor ni rendah sebenarnyer..tengok tu laki aku siap letak tangga lagi nak panjat pokok nyor ni. kejadian ni petang khamis lepas balik keje.kat kelantan kan setiap hari khamis balik kul3.30ptg. so banyak la masa berada kat umah. sambil berbual2 kami anak beranak, tetiba laki aku kata nak panjat pokok nyor, tengok buahnyer dahaga lak tekak katanyer.


dua beradik ni tukang kira n susun buah nyor..terliur plak aku tengok air nyor ni, namun apakan daya, aku xleh minum lagi masih dalam berpantang. tolong kacau air jer la keje kito ni.


amboi dia berpelukan lak lepas susun buah nyor ni..baik sangat la tu.

*p/s : pada khamis malam tu kejadian yang x disangka berlaku. perasaan takut, sedih menyelubungi diri kami. risau akan dirinyer. akan disambung pada entry akan datang. tunggu yer...byeee byeee

Selasa, 25 Jun 2013

Rezeki Anak-anak Kami


hellow..hellow pembaca blog saya.saya hargai anda...muah!!!! hati rasa gembira tersangat-sangat sebabnyer? jeng jeng jeng..hatiku penuh bunga2 tapi ada sikit keduriannyer.hikhik..

haaa okey2 kita terjah ape yang bunga2 tu ape yang duri2 tu dalam hati syazwani nih...

citernyer begini

sebelum aku tukar ke kelantan, aku dapat surat interview dari spa8 n bertempat di putrajaya. so aku amik keputusan untuk tangguh 3 minggu ke kelantan selepas menjalani interview..wowww ayat skima. xkan ler aku dok kelantan pastu datang balik putrajaya semata2 interview.penat weh.dah ler time tu pregnantkan bb mizan 6 bulan.walaupun perut tecik tapi ada gak ler kepenatannyer, betui dok?

26 oktober 2012 aku dapat ler result interview hari tu, ANDA DIKATEGORIKAN SEBAGAI CALON SIMPANAN SELAMA SETAHUN DARI TARIKH 26 OKTOBER 2012. okey maknanyer 25 oktober 2013 tamat ler tarikh tu.



22 jun 2013 bersamaan hari sabtu, aku dapat surat dari spa8. surat tawaran pelantikan tetap ke jawatan penolong jurutera awam j29.. hati riang dipenuhi bunga2 yang wangi tapi sedikit terselit bunga yang berduri.

hati berbunga wangi tu sebab dapat tawaran ke jawatan ni, pastu dapat lak kat kementerian kerja raya.(saya bangga keje dengan KKR siap hidung berkembang2 lagi) sila sediakan mangkuk untuk muntah yer..

TAPI.......

sedikit terselit bunga yang berduri plak dah, sobabnyer takut berjauhan dengan suami n anak2 yang kini di kelantan,risau + takut + bingung memikirkan penempatanyer kat mana selepas ni.

kekadang apabila memikirkan penempatannyer yang xtahu lagi kat mana, rasa macam nak tolak plak tawaran ni. tapi kalo fikir2 balik xkan nak lepaskan peluang yang diberikan. hayoooo fikiranku berkecamuk plak dah...


TAPIKAN...berapa banyak tapi daaaa

gred jawatan yang saya sandang sekarang akan dinaikkan gred ke j29 berkuatkuasa pada 1 julai 2013, cumanyer surat pekeliling jer belum dikeluarkan oleh JPA. surat edaran dah dapat kepada JKR, kata bahagian korporat la tapi aku xtengok pun surat tu, betui ke dak xtahu la. sekarang JPA dalam proses memilih opsyen untuk kekalkan nama jawatan sekarang cuma naik gred j29 ataupun ubah jawatan ke penolong jurutera j29. kang xpasal2 plak geng penolong jurutera marah n xpuas hati kalo sama jawatan,betui dok? katanyer 2 julai 2013 nanti dapat la result yang sahih. konfius2... gaji baru start jalan bulan 9 ni dah.gaji xtahu la plak dibayar macam mana.


Isnin, 24 Jun 2013

Rindu Arwah Mak Mertua


ketika mak sakit 2 bulan sebelum dia menghembuskan nafasnyer yang terakhir. masa ni mak xleh bercakap n bergerak kerana penyakit stroknyer.inilah serangan strok kali kedua. pertama kali dulu tahun 2010 seingat aku. lepas tu dia sihat n boleh berjalan dengan elok.



kenangan indah bersama mak ketika dia sihat.aku pun sempat gak amik pic dengan dia time ni tapi xleh la publish sebab aku xtutup aurat.cukuplah sekadar publish pic mak bersama anak n cucunyer. time ni abe ngah baru berusia 8 bulan.


umi n mak ketika pegi cameron highland bersama-sama kami


kenangan bersama ketika makan angin kat pantai irama bachok kelantan


mak meninggal ketika aku mengandungkan bb mizan masa tu baru 4bln. mak sempat gak tahu aku mengandungkan cucunyer.moga arwah mak tenang di sana.AAMIN.