Nuffnang ads

Isnin, 17 November 2014

Resepi Kek Karamel

haiii salam semua..hari ni che niey nak kongsi resepi kek karamel hasil tangan che niey sendiri. janji dengan anak3 dah berminggu nak buat kek, hari minggu barulah berkesempatan nak buat kek ni.





BAHAN A - GULA HANGUS
  • 2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
BAHAN B - BAHAGIAN ATAS
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan sus pekat manis
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur (putih&kuning)
BAHAN C - LAPISAN KEK
  • 140 gm tepung - ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sudu besar sus pekat manis
BAHAN D - MERINQUE
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim tartar
CARA MEMBUATNYA :



1.Sediakan bahan A dahulu, ketepikan



2.Kacau semua bahan B perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
3.Tapis bahan B dalam loyang gula hangus A kemudian ketepikan


4. Pukul bahan C, campurkan semua dan pukul dengan senduk. kemudian ketepikan



5. Pukul bahan D sampai kembang


 6.  Campurkan adunan C + D dan gaul hingga sebati
7.   Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
8.   Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan karamel tadi (A+B). Selang seli warna, letak         ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung


9.  Bakar cara double boiling / waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas)        
     selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit,    
     kemudian api atas bawah sehingga masak.


siap..inilah hasilnyer..dapat jugaklah bahagikan sedikit sorang dekat jiran2..beruntung sape yang berjiran dengan che niey.dapat merasa apa yang che niey masak.heheheehe..aduhaiii puji diri sendiri pulak dahh.

Isnin, 10 November 2014

Kursus Sambil Makan Angin di Terengganu Kita

Halooww kengkawan... che niey dengan staff ofis bar balik dari cameron highland, pahang. banyak syok wooo pegi sana. tapi hari ni che niey nak citer dulu kisah kursus di terengganu pad bulan 9 lagi.. che niey tak sempat nak update blog sekarang ni. okey jom layan gambar kami yang tak seberapa ni.

che niey drive sendiri n follow keta husband kak sukma ke kuala terenegganu. kak sukma peneman che niey dalam keta. so husband dia dengan adik kak sukma. adik kakma ada interview askar kat kuantan, pahang. kitorang menginap di hotel seri malaysia.


malam kitorang makan kat warung one thai..sedap jugak masakan panas kat sini. memang kene dengan selera che niey yang suka makan pedas. sejak ada anak kecik ni dah terpaksa kurangkan makan pedas tambah2 en. somi pun xsuka makan pedas.


aduhaiii pipi che niey makin kembang nampaknyer. tapi che niey suka!!! yeaaaaa...hahahahaha. susah bebenor nak naikkan berat badan ni. alhamdulillah setelah mengamalkan korset premium beautiful dan bb plus che niey dapat bentuk badan yang diidamkan.syukur sesangat...


che niey order kuew tiew tomyam n sirap bandung....memang marvelos la masakannyer. kma pulak kuew tiew kung fu.

lepas makan, kitorang g lepak2 n menikmati malam nan indah di tepi sungai berlampukan cahaya pokok yang berwarna warni.


alhamdulillah... badan che niey tak macam dulu dah sekarang. dulu macam papan nipis yang boleh melayang kalo ditiup angin..hahahahahaha


habis kursus, kitorang g jenjalan kat bandar kuala terengganu ni. tengok baiknyer pelayan cina ni siap tolong tuangkan air lagi kat kitorang..hhahahaha.. toce toce..


view kat dinding bangunan kedai jer pun..hehehhe..

ok.. tu jer citer che niey untuk hari ni..terima kasih kerana sudi membaca..

Selasa, 28 Oktober 2014

Rumah Kami

Sebelum che niey masuk meeting pagi ni kul10 , che neiy nak kongsi rumah che niey yang telah lama terbuku dihati...sebelum ni che niey pernah bagitau yang che niey sekeluarga akan tinggal kat umah ni awal januari 2014, tetapi tidak kesampaian disebabkan ada perkara yang tidak dapat di elakkan.

okey, nak citer sikit pasal umah ni.. umah ni dibina pada tahun 70/80 an lagi. umah kayu masih lagi utuh sehingga sekarang. umah dibina oleh ayah mertua che niey. ayah mertua ada banyak buah umah. dia bina atas usaha dia sendiri. bayangkan orang dulu2, xder pekerjaan hanya sekadar menjual tanaman yang dicucuk tanam sendiri dapat membeli tanah di kota bharu dan membahagikan sama rata kepada 12 orang anak2 nyer. kenapa kita yang ada pekerjaan tetap dan sentiasa tak cukup dan tidak mahu mempunyai anak ramai risau takut duit tak cukup dan sebagainyer.bagi che niey setiap anak itu ada rezeki masing2.

okey dah2 merepek bagai pulak che niey ni, husband che niey dapat umah ni dan sebidang tanah lagi yang berhampiran dengan umah ni jugak la. pada mulanyer kami nak bina umah kat tanah tu tapi husband tukar fikiran pulak dah, nak bercucuk tanam pulak.ok fine che niey ikut jer kemahuannyer. sekarang tanaman husband dah mekar.  MPKB dah pun meluluskan pelan umah kami just bina jer tapi terpaksa postpone dulu.

sebelum ni dijadikan umah sewa. last sekali tadika kemas yang sewa. inshaallah setelah siap umah baru kami, akan kami jadikan umah ni homestay @ umah sewa. tengok keadaan la macam mana.

SEBELUM


cat asal warna hijau, ni idea kami suamisteri nak cat umah warna warni barulah ceria. tak gitew kengkawan? che niey mintak tolong adik2 che niey mengecat umah ni. nasib baik la masa ni diorang tengah cuti sem.


kitorang bertungkus lumus siapkan umah ni..balik jer keje terus singgah dan cat sampai ke malam. nasib baik umi tolong jaga anak3. dalam tempoh seminggu lebih jugak la nak siapkan umh ni.




SELEPAS



Taraaaaaa.. inilah umah sesudah cat..gambar fresh baru jer snap semalam. jam pun menunjukkan kul 9.10 malam.tv besar che niey bagi kat umi, che niey amik tv kecik jer.janji dapat tengok tv itu sudah memadai. kat ruang tamu 1 ni  cat warna pink, alamak tak ingat dah nama pasifik warna cat ni.sory yer.



budak2 ni dok ralik main keta


bantal bucuk abe ngah ada di mana2..xleh tinggal bantal tu time nak tidur lagi la ralik cari bantal. kat dinding sebelah kanan tu, gambar semasa kecil dan terkini anak3 bujang kami. sebelah kiri pulak gambar abe long masa sekolah kat putrajaya 5 tahun dan pasir mas 6 tahun.


ruang tamu 2 tu warna kuning pulak. nampak tak kotak besar tu tepi dinding sebelah kiri? haaa tu la barang pelamin..bersepah barang pelamin kat situ, tu pun setengah lagi simpan umah kakak ipar.


gambar ni masa baru lagi duduk umah ni, kami letak meja komputer kat sini. sekarang meja komputer berada dalam bilik abe long n abe ngah. uiiikkk abe ngah very seksi la..abaikan. langsir pun belum pasang lagi.


yang ni terkini, meja komputer diganti dengan meja makan pulak.sebelah kanan tu bilik kami laki bini.



aduhaiii che abang che niey xleh dok saja, gerenti gitar ditangannyer. gambar fresh ni tau.semalam punyer citer


haa ni pulak bilik anak2 bujang kami.. hari2 nak kene bagi kelepek kat anak2 ni mintak suruh simpan balik mainan lepas main. warna ungu jadi pilihan che niey untuk bilik anak2 bujang kami. rasa sejuk jer wanra ungu lembut ni.




sebahagian dari bilik kami laki bini. warna pilihan hijau


ni pulak bahagian dapur. ni masa mula2 kami bertapak kat sini.


ni pulak yang terkini. bilik warna pink tu adalah bilik mandi. okey jam pun dah menunjukkan pukul 9.45 pagi. lagi 15 minit nak masuk meeting. 

umah belum hias sepenuhnyer lagi. kalo ada masa nanti, inshaallah che niey nak hias lagi mana yang patut.


Isnin, 27 Oktober 2014

Hasil Fotoshut


Haiii darling semua..ini entry ke 2 untuk hari ni..heheheehe terajin pulak nak update blog ni. ok ini first time che niey g fotoshut kat  https://www.facebook.com/azmi.studiomukmins kubang kerian.

haaa jangan pulak ada yang mengata che niey tergedik2 nak fotoshut yer.. jangan bandingkan che niey dengan bini hang yer.. che niey open minded ok. bini hang tu lain. che niey dengan kehidupan che niey. che niey tahu hala tuju hidup che neiy.so tak payah nak cakap pasal che neiy ok. hang jaga anak bini hang sudah...kalo tak suka dengan kehidupan che niey go ahead la. che niey tak peduli yang penting suami dan anak3 che niey sokong che neiy..tak gitew kengkawan..



cer baca komen daripada arzue misran..dia bagi kata2 semangat kat che niey..betul kata dia.bila ada orang dk mengata kat kita, maknanyer kita ni lebih hebat daripada dia.  mungkin dia terasa tercabar dengan kehidupan che niey.

che niey nak ucapkan terima kasih bebanyak kat arzue misran sebab bagi kata2 semangat dan tak lupa jugak yang asyik mengata kat che niey.kalo rasa tak puas hati tu cakap la depan che niey senang sikit che niey hurai satu persatu. ini tidak pegi mengadu pulak kat orang tersayang che niey. nasib baik la orang tersayang che niey tu dah kenal bini dia macam mana kan.mulai hari ini che niey akan   anggap itu semua adalah dugaan dan cabaran hidup che niey untuk ke arah yang lebih maju.aamiin...

dah membebel pulak che niey ni.lariiiii topik pulak. ok2 dah jom sambung citer fotoshut che niey.



ini kisah  8 oktober 2014, studio mukmin ada wat promosi dan mencari model produk kecantikan. so che niey tergerak hati nak sertai fotoshut ni..ala suka2 jer kan. disamping tu boleh jugak tambah pengalaman.che neiy suka ceburi macam2 bidang sebab dari situ che niey dapat tambah pengalaman janji kita tutup aurat dan tahu batas2 kita sebagai orang islam.nasib la suami memahami bini dia yang gedik ni..hahahaha.suami la yang pegi hantar che niey kat studia tu. terima kasih tak terhingga untuk suami dan anak3 yang menyokong che niey adri belakang.

ok jom layan gambar2 che niey yang tak sebeerapa ni