Nuffnang ads

Isnin, 17 November 2014

Resepi Kek Karamel

haiii salam semua..hari ni che niey nak kongsi resepi kek karamel hasil tangan che niey sendiri. janji dengan anak3 dah berminggu nak buat kek, hari minggu barulah berkesempatan nak buat kek ni.





BAHAN A - GULA HANGUS
  • 2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
BAHAN B - BAHAGIAN ATAS
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan sus pekat manis
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur (putih&kuning)
BAHAN C - LAPISAN KEK
  • 140 gm tepung - ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sudu besar sus pekat manis
BAHAN D - MERINQUE
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim tartar
CARA MEMBUATNYA :



1.Sediakan bahan A dahulu, ketepikan



2.Kacau semua bahan B perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
3.Tapis bahan B dalam loyang gula hangus A kemudian ketepikan


4. Pukul bahan C, campurkan semua dan pukul dengan senduk. kemudian ketepikan



5. Pukul bahan D sampai kembang


 6.  Campurkan adunan C + D dan gaul hingga sebati
7.   Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
8.   Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan karamel tadi (A+B). Selang seli warna, letak         ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung


9.  Bakar cara double boiling / waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas)        
     selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit,    
     kemudian api atas bawah sehingga masak.


siap..inilah hasilnyer..dapat jugaklah bahagikan sedikit sorang dekat jiran2..beruntung sape yang berjiran dengan che niey.dapat merasa apa yang che niey masak.heheheehe..aduhaiii puji diri sendiri pulak dahh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda amatlah dialu-alukan..