Nuffnang ads

Isnin, 27 Oktober 2014

Jalan-Jalan Dihari Cuti Muharram

Haiii semua pembaca blog che niey.. sebelum memulakan tugas kerja harian, che niey amik masa sikit update blog..hari ni che niey tak bz sangat kat ofis. bos che niey pun xdok g meeting kat KL. ini kisah hari Sabtu, che neiy dijemput oleh rakan untuk hadiri kenduri kesyukuran sempena dia dapat tukar ke jabatan perpaduan kota bharu, sebelum ni dia kat jkr tumpat. so sekarang dah dekat dengan umahnyer kat taman uda, kota bharu. umah kitorang pun dekat jer xsampat 5 minit.

nama kawan che niy tu kak alina. dulu masa kat kl kitorang serumah. sekarang dapat tukar sama-sama kat kelantan.cuma che niey kat kb dia pulak kat tumpat.

hari jumaat kenduri akikah umah abang piar kat belakang umah che niey jer pun.jerit jer atas umah mesti diorang dengar. cuti 3 hari ni che neiy gantung kuali jer.


che niey mengenakan lipstik merah cili. mr. hubby suka che niey pakai lipstik gini.seksi katanyer.hahahaha..

dulu takut2 jer nak pakai lipstik merah gini, kini ku beranikan diri demi suami tercinta...eeeceeeh wah. muka che niey xder la seputih dalam pic ni, terlebih cahaya ni.

lepas isi perut umah kawan tu, kitorang terus gerak pegi pantai sabak. bawa anak2 jenjalan. kebetulan mr.hubby tak bz minggu ni..kalo tak, hari2 dok kat kebun dia jer..naik boring che niey.hehehehe


budak2 ni xcited tengok pantai. macam la tak pernah pegi yer..hahaahha biasa la ayahnyer sibuk so minggu ni la dapat bawa budak2 ni. cuti kat klate kan panjang tambah dengan cuti depavali sekali so ramai la kat pantai ni. perantauan balik kampung katakan. elok jer budak2 ni beratur melihat keindahan pantai.apalagi terusla che niey snap gambar budak2 ni.


budak pompuan tu sepupu che niey. dia bermalam kat umah che niey


denagn ayahnyer sekali beratur.cam comel jer cam cantik jer


aduhaiii anak terunaku sorang ni siap masukkan tangan dalam kocek lagi tu. tengah ralik tengok bot. che niey panggil nak balik pun dia siap bye bye kat che niey.. tak puas lagi tengok bot. geram sangat kat budak.manja bagi kat dia lah.


cik abang oiii tahu la minat main gitar, siap lukis lagi. hari2 dok dengar dia petik gitar jer kat umah.


dengan cinta hati tersayang. dah lama rasanyer tak amik gambar bersama macam ni.masing-masing bz dengan bisnes masing-masing.


jeling menjeling..che niey tengok cik aabng makin lama makin gelap..hahahaha.bz berkebun sampai kulit jadi cam gini. tak apa la abang, che niey pun gelap jugak.kita sama-sama gelap. yang penting hati dan kasih sayang kita berdua setia dan berkekalan. 


ada budak mencelah pulak dah

**p/s : minggu depan trip ke cameron highland pulak dengan ofismate. ada meeting kat sana sambil makan angin.kene tinggal algi suami n anak3,

Isnin, 20 Oktober 2014

Raya Haji Kami

Setelah 6 hari meninggalkan ofisku, kini dengan semangat baru aku datang ofis. alhamdulillah masuk ofis hari ni boleh rileks sebab keje dah disiapkan sebelum pegi kuala lumpur.

hari ni che niey nak citer pasal raya haji 2 minggu yang lepas.. che niey qurban satu bahagian utk akikah si bb mizan.memang setiap tahun che niey qurban kat umah pasir mas.harga masih murah lagi rm450 jer..kalo kat kota bharu paling murah rm500, lembu lagi kecik. yang ni memang puas hati ,nampak jer kecik tapi berisi.


tengok kesian jer kat lembu ni. anak3 pun ikut serta tengok lembu kene sembelih.



masa lembu angkat kepala tu, terpercik darah kat abe long n abe ngah



 abe nangis lepas aku cakap baju abe ngah kene darah lembu..dia macam terkejut dan takut pun ada.. malam tu abe ngah cakap kat umi dia tak nak tengok dah lembu kene sembelih.

che niey tak tunggu lama, lepas tengok lembu disembelihkan, che niey dan anak3 terus balik umah umi.





Pada mulanyer che niey nak bahagikan jer daging  qurban ni..en. hubby tengah melapah daging, tetiba che niey nak buat kenduri jerkat umah.sebab naik umah pun tak buat lagi so kiro buat sekali round jer.

disebabkan fikiran last minit so tak terajak la kengkawan dekat dan jauh just anak beranak dan jiran tetangga jer. minta maaf yer kengkawan.

kenduri diadakan pada raya kedua..so pepagi lagi sibuk cari bahan-bahan untuk kenduri.. umi, adik2 dan adik ipar orang yang tolong che niey masak.lepas zohor mak saudara dan sepeupu sepapat lak datang membantu..hepy dapat berkumpul ramai-ramai. tak ketinggalan jugak abang ipar dan biras sudi membantu che niey.

 
dah settle semuanyer dorang makan ramai-ramai..





geng pompuan sibuk mask kat dapur, geng laki sibuk makan colek pauh kat luar ni. adik beradik che niey memang hantu colek.

Ahad, 12 Oktober 2014

Cuti- Cuti Pulau Perhentian Part II

Salam ahad semua...waduh2 kemain lama nak sambung part II yer..che niey xder kesempatan pun nak update blog..maaf la yer. start hari ni hingga jumaat ni che niey ada kursus pulak kat JKR Kuala Lumpur..lagi la xupdate blog minggu depan..memang awal dan hujung bulan che niey xder masa pun nak buka blog.dalam kepala ni macam2 citer nak update.sabar jer la.

29 Ogos 2014
Jumaat

petang tu kitorang g mandi kat pulau dulu.boleh nampak satu2 ikan berkeliaran kat dalam pulau.anak3 semua pakat main air.


jadi pilot boat sekejap..sengeh sampai ke telinga ini budak tecik


diorang ni kawan sejak kecik lagi hingga la sekarang. kurusnyer laki che niey ni..hehehehe.mentang-mentang la che niey dah berisi sikit kutuk laki pulak. jangan marah yer sayang.


layan budak-budak main air. mak budak dah puas main air utk petang tu jer la puas.hehehehehe. mak budak tak sabar nak g snorkeling esoknyer.


  hensem jugak laki che niey..hahahahaha perasan la pulak..sila muntah baca statement ni.

30 Ogos 2014
Jumaat

 
pagi tu kakak kakak masak.diorang siap bawa periuk dapur bagai. sotong fresh dari pulau perhentian.pagi2 diorang pegi cari lauk. kitorang tunggu lauk masak jer utnuk meranggos..hahahaha.untuk menu ni diorang kutip rm5 jer sekepala.budak2 terkecuali.


lepas siap makan, kitorang bawa anak2 hirup udara pagi sekejap.layan budak2 main kat taman.
lepas solat jumaat, tenang rasanyer menikmati keindahan pulau yang cantik ciptaanNya.kul2.30 kitorang dah bergerak pegi ke destinasi seterusnyer.


aku tak lepaskan peluang bersnorkelling. anak3 turut serta.abe long pada mulanyer takut jugak nak turun laut ni. xbiasa katakan. abe ngah selamba jer. bb mizan lagi la che niey bangun jer dari tempat duduk dia terus nangis.adusssss.

bila turun jer dalam laut ni terus  bb mizan diam..xleh nak main jauh2 takut wei sebab pegang anak takut tak terkawal.rasa macam nak tenggelam jer padahal xde apapun. che niey xbiasa.

mula2 kitorang g tempat penyu, kemudian tempat ikan yu


kitorang pegi 2 buah bot. laki naik bot lain.puan naik bot besar sikit.puak kitorang ramai xcukup sebuah bot


 mula2 jer abe long takut..haaaa tengok dah pegi jauh dah si budak ni.lebih berani daripada che niey.




  wow abe ngah tengah khusyuk berenang dengan ayah

 
tengggelam bb mizan dengan pelampung tu.che niey terumbang ambing dek ombakan laut, boleh si bb mizan gelak2.dia ingat che niey sengaja buat2. che niey ni dah cuba kawal diri woo.risau takut bb mizan tenggelam.

  tengok abe long tu merata jer dia pegi dengan kawan


 jom layan gambar -gambar kami










destinasi ke 3 kami pegi ke lata air berani


  kat sini kitorang mandi air bersih.air tawar.ada air terjun kat sini


ya ampun nampak besar jer che niey dalam pic ni..jangan terpaengaruh yer.che niey xder la sebsar tu.hahahahahaha




dah sepetang kami berada di sana, so masa untuk pulang ke chalet.cik abang che niey tukar bot pulak.nak naik dengan che niey dan anak3 pulak.

malam tu pulak ada sambutan merdeka kat pulau besar.ibu2 dan anak2 tak pegi.so geng laki jer pegi.
malam t u memang tidur awal anak3.penat bermain air. best sangat datang sini.rasa nak datang pulak.

31 Ogos 2014
Sabtu


pagi esoknyer. kitorang pegi isi perut dulu sebelum bertolak balik.




sedang menunggu bot.. bantal bucuk abe ngah tak tinggal.angkut jer ke mana saja pegi.risau takut dia nangis time nak tdo malam. bantal dah buruk.dia tak bagi che niey masukkan dalam sarung.


ok itu jer citer kami untuk percutian kali ini. gambar banyak sangat snap masa kat sana.so che niey pilih2 jer gambar ni.kang nak masuk semua termuntah pulak korang.

*p/s: che niey kene tinggal anak3 n suami selama 6 hari. kene hadir kursus kat kuala lumpur.  so blog bercuti selama 6 hari ok.