Nuffnang ads

Ahad, 12 Oktober 2014

Cuti- Cuti Pulau Perhentian Part II

Salam ahad semua...waduh2 kemain lama nak sambung part II yer..che niey xder kesempatan pun nak update blog..maaf la yer. start hari ni hingga jumaat ni che niey ada kursus pulak kat JKR Kuala Lumpur..lagi la xupdate blog minggu depan..memang awal dan hujung bulan che niey xder masa pun nak buka blog.dalam kepala ni macam2 citer nak update.sabar jer la.

29 Ogos 2014
Jumaat

petang tu kitorang g mandi kat pulau dulu.boleh nampak satu2 ikan berkeliaran kat dalam pulau.anak3 semua pakat main air.


jadi pilot boat sekejap..sengeh sampai ke telinga ini budak tecik


diorang ni kawan sejak kecik lagi hingga la sekarang. kurusnyer laki che niey ni..hehehehe.mentang-mentang la che niey dah berisi sikit kutuk laki pulak. jangan marah yer sayang.


layan budak-budak main air. mak budak dah puas main air utk petang tu jer la puas.hehehehehe. mak budak tak sabar nak g snorkeling esoknyer.


  hensem jugak laki che niey..hahahahaha perasan la pulak..sila muntah baca statement ni.

30 Ogos 2014
Jumaat

 
pagi tu kakak kakak masak.diorang siap bawa periuk dapur bagai. sotong fresh dari pulau perhentian.pagi2 diorang pegi cari lauk. kitorang tunggu lauk masak jer utnuk meranggos..hahahaha.untuk menu ni diorang kutip rm5 jer sekepala.budak2 terkecuali.


lepas siap makan, kitorang bawa anak2 hirup udara pagi sekejap.layan budak2 main kat taman.
lepas solat jumaat, tenang rasanyer menikmati keindahan pulau yang cantik ciptaanNya.kul2.30 kitorang dah bergerak pegi ke destinasi seterusnyer.


aku tak lepaskan peluang bersnorkelling. anak3 turut serta.abe long pada mulanyer takut jugak nak turun laut ni. xbiasa katakan. abe ngah selamba jer. bb mizan lagi la che niey bangun jer dari tempat duduk dia terus nangis.adusssss.

bila turun jer dalam laut ni terus  bb mizan diam..xleh nak main jauh2 takut wei sebab pegang anak takut tak terkawal.rasa macam nak tenggelam jer padahal xde apapun. che niey xbiasa.

mula2 kitorang g tempat penyu, kemudian tempat ikan yu


kitorang pegi 2 buah bot. laki naik bot lain.puan naik bot besar sikit.puak kitorang ramai xcukup sebuah bot


 mula2 jer abe long takut..haaaa tengok dah pegi jauh dah si budak ni.lebih berani daripada che niey.




  wow abe ngah tengah khusyuk berenang dengan ayah

 
tengggelam bb mizan dengan pelampung tu.che niey terumbang ambing dek ombakan laut, boleh si bb mizan gelak2.dia ingat che niey sengaja buat2. che niey ni dah cuba kawal diri woo.risau takut bb mizan tenggelam.

  tengok abe long tu merata jer dia pegi dengan kawan


 jom layan gambar -gambar kami










destinasi ke 3 kami pegi ke lata air berani


  kat sini kitorang mandi air bersih.air tawar.ada air terjun kat sini


ya ampun nampak besar jer che niey dalam pic ni..jangan terpaengaruh yer.che niey xder la sebsar tu.hahahahahaha




dah sepetang kami berada di sana, so masa untuk pulang ke chalet.cik abang che niey tukar bot pulak.nak naik dengan che niey dan anak3 pulak.

malam tu pulak ada sambutan merdeka kat pulau besar.ibu2 dan anak2 tak pegi.so geng laki jer pegi.
malam t u memang tidur awal anak3.penat bermain air. best sangat datang sini.rasa nak datang pulak.

31 Ogos 2014
Sabtu


pagi esoknyer. kitorang pegi isi perut dulu sebelum bertolak balik.




sedang menunggu bot.. bantal bucuk abe ngah tak tinggal.angkut jer ke mana saja pegi.risau takut dia nangis time nak tdo malam. bantal dah buruk.dia tak bagi che niey masukkan dalam sarung.


ok itu jer citer kami untuk percutian kali ini. gambar banyak sangat snap masa kat sana.so che niey pilih2 jer gambar ni.kang nak masuk semua termuntah pulak korang.

*p/s: che niey kene tinggal anak3 n suami selama 6 hari. kene hadir kursus kat kuala lumpur.  so blog bercuti selama 6 hari ok.


Isnin, 29 September 2014

Cuti-cuti di Pulau Perhentian Part I

Assalamualaikum......... haaa dah terlebih sebulan tak update blog che niey. disebabkan kesuntukan masa dan komitmen keje so bersarang la blog che niey buat seketika. che niey nak citer pasal percutian che niey sekeluarga kat pulau perhentian kuala terengganu.

kami pegi 29 Ogos dan sambut kemerdekaan kat sana.ni la first time kami pegi kat sana. itu pun pegi berombongan dengan kengkawan. iyer la pegi ramai2 la best.kalo pegi sendiri gerenti tak tahu nak pegi mana. biasalah baru menjejakkan kaki ke sana. jangan gelak okeyyy.


jam 8.30 pagi kami bertolak dari rumah kota bharu. kami pegi sebuah keta jer. naik MPV Wish kawan punyer husband, boleh muat ramai kan.(saper suruh ko beli keta kecik kang xpasal2 menumpang keta orang). nak buat macam mana che niey tak mampu nak beli keta besar.keta kecik jer yang mampu.


che niey dengan wife kawan husband.. ceh niey gelar dia kak ti.kami memang rapat. kitorang sekampung jerit pn dah dengar. masa ni tengah tunggu cukup korum baru kami bertolak. dok kat jeti besut.


masih lagi menunggu.kitorang la orang pertama yang sampai kat jeti.


ok dah tiba masa naik bot. masa che niey melangkah nak naik bot, bb mizan dah nangis. tak pernah2 naik bot.dia takut.abe long n abe ngah steady jer. 




 
Kami dah sampai ke destinasi yang dituju.kul 2 petang jugak sampai. padahal turun awal pagi lagi dari umah. biasalah kalo dah g ramai2 ni kene tunggu cukup korum baru boleh bertolak. semua pakat bertonggek menikmati keindahan pulau yang kebiruan.boleh nampak sekor-sekor ikan dalam air tu.


che niey w husband


sambil menungu sekumpulan lagi yang belum tiba, cuci mata dulu tengok ikan-ikan.


cantikkan pulau ni. rasa macam tak puas jer pegi sana.



peach!!! dari abe ngah



sahabat baik dari zaman kanak-kanak sehinggalah dapat anak..anak2 pulak kawan dengan anak2.sama umur pulak tu.yang no.3 jer awal anak kawan husband setahun.nama kawan husband ni saiful.
anak sulung saiful tinggi wei tak padan dengan umur 7 tahun. tak ikut ibu n papa dia pulak...hehehehhe.jangan marah eh saiful n kak tie.


inilah tempat penginapan kami semua.

baguskan..kawan saiful bekalkan kami makan mee. siap bawa periuk dan dapur lagi untuk masak.


ok tu jer citer utk hari ni..tunggu part II yer....