Bertemu kembali kita pada pagi yang indah ini.ceewah.. kejap lgi ada jamuan perpisahan dan persaraan unit kerja tentera. hilang dah aku kawan dan tempat berbual.namanyer siti rahayu. dia ditukarkan ke JPP Kelantan.
sebelum pegi ke jamuan tu aku nak citer pasal raya kat ofis JKR Kelantan.
ni la gerai unit kami. mentang-mentang la unit tentera, hias gerai pun ada ala-ala tentera gitew. ni semua idea en.fahmi. en.fahmi jaga kem desa kok lanas sodia arahkan staf kt kem tu mai pasang gerai kami. majlis raya ni diadakan pada 14 ogos 2014. hari rabu semua sibuk dok hias gerai masing-masing.
unit kami kene sediakan minuman jer. so kami sediakan minuman sejuk dan panas tea tarik dan nescafe. bekas tu kami sewa dengan kawan. satu bekas tu rm60.
laici kang pun ada
untuk minuman sejuk, kami beli dengan nestle. jenis2 air seperti mango, ice lemon tea dan milo.kalo beli produk nestle rm400 ke atas dapatla mesin air tu hah..kan senang jer xyah menyewa dah bekas untuk air sejuk bagai.bancuh dan tuang jer dalam mesin tu.nanti air tu sejuk sendiri.
ni la pelayan unit kami. hahahahha jangan gelak ko, staf kami ramai laki so laki la kene jadi pelayan. pmpuan tolong bancuh air jer.
aku pegi terjah gerai bahagian arkitek. tahun lepas aku dok bahagian ni. tak sangka pulak kami sedondon.
aku nak perkenalkan kat korang, ni kawan aku kat JKR Midvalley.sekarang bertemu kembali kat JKR Kelantan. nasib baik aku dok kat sana 3 bulan jer terus dapat balik kelantan.rezeki. alhamdulillah..
ok aku nak pegi majlis jamuan dah..bye..bye
meriah sangat
BalasPadam