Nuffnang ads

Ahad, 24 Ogos 2014

Bihun Tomyam untuk Tetamu Jauh


entry kali ni banyak pulak aku kongsikan resepi kat korang yer..sharing is caring tak gitewww akak-akak, adik-adik, abang-abang.

hari jumaat kawan laki aku datang kat umah. kawan jauh ni dari selangor masa laki aku keje risda hulu langat sebelum ni. dari hari khamis lagi risda anjurkan sukan selama 3 hari kat HUSM Kubang Kerian, Kelantan. so diorang join sekali sukan ni. malam tu diorang datang umah siap request lagi nak makan bihun tomyam. ok aku layan jer la permintaan korang . dari jauh korang datang kan. ptg tu jugak la aku n laki sibuk g carik barang-barang untuk menu tersebut. kul 8.30 aku baru nak masak, tengah dok masak tu diorang dah sampai..korang tunggu jer la aku nak masak ni. sambil tunggu aku masak tu, laki aku jamu kawan-kawannyer dengan air sunquick beserta biskut raya yang masih lagi berbaki sedikit. 




abe long n abe ngah makan sampai 4@5mangkuk..gerenti sedap niaku  masak.ehehehehehe


tak ketinggalan jugak sikecik comel ni..nak makan sendiri katanyer. hirup sampai ke kuahnyer. habis basah baju n seluar




tak cukup dengan itu sikecik tu menyakat pulak hok abe ngah punyer..apa lagi marah la si abe ngah ni

setengah jam jer dah siap aku masak untuk kawan-kawan laki aku. ok jom aku kongsikan 
resepi bihun tomyam


Bahan-bahan Sup Tom Yam

Ayam potong kecil
makanan laut(udang, sotong)
1 labu bawang besar - dipotong 6
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomata - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
6 biji cili padi - diketuk
garam
daun ketumbar

sayuran :
bunga kubis
karot
cendawan
putik jagung

bihun - dicelur dengan air panas sekejap

Cara-cara

1. rebus ayam beberapa minit.masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi       dan lengkuas.
2. lepas tu masukkan sotong dan udang. biarkan sebentar.
3. bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur-sayuran. kemudian masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan     limau nipis dan garam.
4. tutup api masukkan daun ketumbar. bolehlah dihidangkan semasa masih panas-panas.








2 ulasan:

  1. OOO...wani x tumis dulu ye...senang nih...semua rebus je...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wani wt tomyam xpernah tumis main campak jah dlmperiuk

      Padam

komen anda amatlah dialu-alukan..