Nuffnang ads

Ahad, 10 Ogos 2014

Salam Raya Aidilfitri


Salam Raya Aidilfitri semua.. baru terhegeh-hegeh nak upload gambar raya, tak banyak pun tak sempat nak bergambar bagai.

al-kisah raya kami tahun ni, sebenarnyer tema tahun ni warna kuning tapi disebabkan terkenan dengan baju melayu budak warna kelabu + hitam so serta merta tukar warna tema, padahal kain pasang aku dah siap beli warna kuning. nampaknyer postpone pada raya haji la gamaknyer. baju melayu budak3 ni beli hujung bulan 5 lagi. so bulan puasa xder la dok kalut nak carik baju raya lagi. en.hubby tak mau dah beli baju melayu, dah berlambak katanyer tak sempat nak menyalin dah baju melayu dan jangan bazirkan duit. ikutkan aku nak jer suruh dia beli sedondon dengan anak3 ni. disebabkan itu aku terpaksalah beli tudung yang ada warna pink2 gitu. tak nak bagi warna baju en.hubby lari. terbanyak la pulak sebabnyer kan.warna tudung aku selari jer nga baju. macam xmeriah sangat warnanyer..tak per la janji ada warna pink. ni semua en.huby punya pasal la ni..huuuhhhh!!!!!! ok pasni kita tak nak ikut cakap dia dah..



pagi raya tu, macam biasa budak3 ni memang bangun awal sokmo so senang siapkan awal2 budak3 ni.lepas solat raya, kami anak beranak bersalam-salaman. gambar adik bb jer sempat snap bersalam dengan ayah. tu. adik bb ni pantang tengok kamera terus jer tengok kat kamera.lepas snap pic dia barulah dia  cium tangan ayah.

aku dah makin kurus,hahahaha bayangkan ko berat aku turun 3 kg dalam 3 minggu berpuasa. senang benor berat aku turun kan. so time raya ni makan sebanyak mungkin. pipi aku pun dah slim sikit. hari ni raya ke 13 rasa berat dah naik sikit, pipi pun dah makin berisi sikit.

lepas bersalam-salaman, kitorang terus gerak pegi umah adik beradik en.huby. dekat jer sekampung jer kot. habis semua dah beraya umah adik beradik belah en.huby, dalam kul 2 petang terus gerak g umah umi pulak kat kg slow machang pasir mas. kampung kelahiran aku. 


tahun ni tak sempat nak snap pic raya bersama adik-adik aku..semuanyer tak sempat yer..in sha allah walau sesibuk mana pun raya akan datang kene snap jugak pic raya bersama.

cuba perati betui-betui en.huby aku tu, janggut n misai dah panjang benor. dah macam orang tua pulak aku tengoknyer..aduhaiii en.huby wei nak simpan sampai panjang katanyer. xper la simpan jer la takat mana pun.bagi peluang kat laki aku sekali sekala.



terselit anak dara sorang ni.



kesian abe long, dia demam sebenarnyer tu.ni raya ke empat dah. raya kedua abe ngah yang demam. moody jer abe long


p beraya umah sepupu sepapat kat pasir mas.


adik bb mata sepet gelaran diberi.hehehehehehe





adik bb ni la paling manja sekali dengan aku. dia suka sangat peluk kitorang ni. pantang suruh peluk terus peluknyer. dan paling cemburu orangnyer. sesiapa yang dekati aku memang dia tak bagi terus tolak tak bagi dekat dengan aku termasuklah ayahnyer tak leh dekat jugak apatah lagi dua abangnyer.


malamnyer abe long demam, dah bagi ubat terus dia tidur kejap sebelum p beraya umah sepupu. nasib baik lah demamnyer tak melarat. esoknyer dah ok. cuma abe ngah jer demam berlarutan sampai raya ke 4. dah p amik darah alhamdulillah xder apa-apa just demam biasa jer tapi risau gak masa  demam tu asyik ngadu sakit kepala dan muntah-muntah jer n malam-malam pun asyik mintak air sejuk jer.raya ke 6 pulak adik bb demam. nasib baik la tak melarat.alhamdulillah. ramai yang demam raya tahun ni. jawabnyer tak p beraya sangat la. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda amatlah dialu-alukan..