Nuffnang ads

Jumaat, 2 Mac 2012

Aku Sayang Anak-anak aku Woiiiii...

Sejak dua menjak ni citer budak-budak taska kene bedung la, kene plaster mulut la kene ikat tangan la dengan plaster n macam-macam lagi.... apabila aku baca berita-berita cam gini teringat aku kat anak aku kimie sama nasib dengan budak-budak taska ni.terbukalah pintu hati aku nak luahkan kat blog aku ni. aku nak jugak bongkarkan taska mana yang buat anak aku macam ni(aku nak lepaskan geram)... hari ni aku akan ceritakan segala-galanyer.

citer ni aku ambil kat facebook :
KES PERTAMA:



PUTRAJAYA - Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak2 itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru2 ini.

Pengasuh berusia awal 20-an itu ditahan pada pukul 4 petang pada 23 nOvember lalu di sebuah taska di Presint 14 di sini selepas pOlis menerima satu lapOran daripada ibu Raif Alfian Farid Alfian, 18 bulan.

Kejadian tersebut telah berlarutan sejak OgOs lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan Oleh penjaga kepada kanak2 lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 nOvember lalu.

Hazlina ditunjukkan sekeping gambar di mana tertera imej anaknya yg sedang menangis dgn mulut, muka serta tgn nya dilekat dan diikat dgn pita pelekat.

Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 Orang kanak2 berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan.

Hazlina mendakwa, walaupun masih belum pandai bertutur, Raif seakan cuba memberitahunya sesuatu kerana kerap menangis dan menendangnya setiap kali hendak ke taska tersebut. (AYAT NI SAMA DENGAN KIMI KETIKA AKU HANTAR DIA KAT TASKA KKM 2 BULAN LEPAS)

“Anak saya akan menangis @ merengek kerana dia trauma setiap kali ternampak benda yg dilekatkan dgn pita pelekat.”

“Saya cuba bersemuka dgn pemilik taska namun dia menafikannya sehinggalah saya membuat lapOran pOlis.”

Dakwa Hazlina, terdapat kanak2 lain yg turut dilayan dgn buruk seperti tgn mereka dimasukkan ke dlm laci & dibiarkan menyusu sendiri.

ADA LAGI SATU KES BUDAK KENE BEDUNG :

KES KEDUA:




Norhashimah (kiri) Dan anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat

Cerita sebenar mengenai isu VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai sepertiyang didedahkan semalam…


Akibat marahkan majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

Menurut pemilik tadika tersebut dia dikhianati oleh dua bekas pekerjanya bagi merosakkan nama baik dan perniagaannya.



Dalam rakaman video penderaan itu, Ahmad Afiq (GAMBAR) paling teruk didera apabila mulutnya ditampal pelekat dan tubuhnya dililit kain bedung dengan ketat, Perbuatan kejam tersebut menyebabkan Ahmad Afiq mengalami kegatalan di mulut dan hidung hingga terpaksa mendapat rawatan di klinik.

Klip VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai dipercayai dirakam pertengahan Disember tahun lepas oleh kakitangannya yang bermasalah sebelum dibuang kerja pada Januari lalu, sebelum dibuang mereka sering mengambil cuti dengan alasan anak sakit, namun kerana memerlukan kakitangan yang mempunyai komitmen yang tinggi, Saherah terpaksa memberhentikan pekerja tersebut. Mungkin kerana tidak berpuas hati kerana dibuang, pekerja tersebut bertindak menyebarkan rakaman Video Penderaan Kanan-kanak taska bertujuan memalukan majikannya.
Hasil laporan polis yang dibuat, dua wanita berusia 20 hingga 22 tahun dipanggil bagi memberi keterangan, aku harap kedua wanita tersebut ditahan kerana cubaan membunuh, kerana perbuatan kejamnya boleh menyebabkan kematian.



Read more: http://www.nescafeais.com/penderaan-kanak-kanak-di-taska-permata-kota-masai-2/#ixzz1nvZjDEsH
 


KES KEDUA NI SAMA DENGAN ANAK AKU CUMA BEZANYER DIORANG XLEKATKAN PLASTER JER KAT MULUT ANAK AKU..


Sebelum ni aku ambil keputusan just kawan-kawan terdekat aku jer yang tahu perkara yang terjadi kepada anak aku...tapi selepas aku tengok citer pasal budak-budak kat taska makin menjadi-jadi, akhirnyer terbuka hati nak share jugak apa yang terjadi kepada anak kesayangan yang aku kandung selama 9 bulan.

citer ni cam gini....

masa umur kimi 3 hingga 5 bulan, adik aku yang jaga dia..memang temban la kimi time tu... lps tu adik aku lak sambung blajar, jadi aku terpaksa cari pengasuh.. dengan terdesak aku cari pengasuh kat blok umah aku. jadi jupe la si pengasuh ni. sebulan dia ambil rm300. aku terima jer sebab terpaksa kan n terdesak sangat. pengasuh ni nampak muka baik la beragama.. tapi HAMPEH, sebulan jer aku hantar kat dia. patut la setiap kali hantar kimi kat situ hati aku rasa tak sedap jer... naluri ibu selalunyer betul, betul x? 

first time jupe parent yang hantar kat situ jugak. parent tu orang klate gak. anak dia sebaya ngan kimi. dari situ lah aku bertanyakan tentang pengasuh tu. hati aku tergerak nak tanya suasana n keadaan si pengasuh tu la , ok x dia jaga kan. sama-sama kitorang luahkan perasaan. rupanyer dia pun ada rasa xpuas hati. dengan hati yang terdesak n tanpa berfikir panjang aku terus ambil anak aku. aku dah bayar dah utk sebulan kat dia. ada la 2 hari aku ambil lambat dalam kul 6 ptg.biasa ambil kul5 ptg. ada plak cas yang dia kenakan kat aku rm20.aku bayar jer la kan. sebelum ni dia xdek la kata kalau ambil lewat dikenakan cas. mentang-mentang la aku ambil lewat hari tu terus cas jer.

parent yang hantar anak dia kat situ lak, kene cas kalau ambil kul 5ptg sebab kebiasaannyer dia ambil kul4.50ptg gitu. kira xadil la kan. aku dia cas kul 6ptg. yang parent satu lagi lak kul5ptg...satu lagi yang aku tak puas hati dengan pengasuh ni, dia tak bagi masuk umah dia time hantar n ambil anak. dia buka grill n terus bagi anak kat aku.buka pintu umah pun macam tak nak buka jer. kompius x kalo orang layan kita cam ni?

masa aku kata aku dah tk hantar kimi kat situ, dia tanya kenapa? aku terus jawab aku ambil bibik jaga kimi. terkejut jugak la dia sebab petang tu jugak aku kata tak nak hantar dah. sebenarnyer ada banyak lagi yang xpuas hati...aku simpan je la dalam hati aku. kang citer panjang-panjang lenguh plak nak taip sebab banyak lagi aku nak citer ni...tahun ni memang ramai la parent komplen dia.ramai yang xpuas hati dengan dia. sampai heboh-heboh dalam facebook komuniti.

seminggu jugak la aku bawa kimi kat ofis sebab xjupe pengasuh yang sesuai lagi.. akhirnyer aku ternampak no.tel yang mengatakan mencari baby uk diasuh. apalagi aku terus telefon la kat pengasuh tu. umah dia sama blok dengan aku n ex pengasuh kimi. pengasuh baru kimi ni namanyer nana. dia ada anak kecil time tu baru berusia 3 bulan. aku pergi dengan husband, masa bercakap dengan dia n tengok muka dia aku rasa dia ni boleh dipercayai utk jaga anak aku. dia cas aku rm250 sebulan. masa tu dia xdek jaga saper-saper lagi. terus aku kata OK!. dia jaga memang aku puas hati la walaupun dia ada anak kecil lagi. sebulan setengah kimi dok dengan dia. tetiba kimi dapat lak offer kat taska kkm. aku gtau jer la kat nana tu yang kimi dapat offer taska. dia ok jer. aku sayang sebenarnyer nak tinggalkan pengasuh kimi ni sebab dia jaga kimi macam anak dia sendiri. bulan 12 tahun 2011, kimi start tinggal kat taska. biasala kan budak memang menangis kalau baru-baru lagi tinggal tempat baru..

sebulan lebih jugak la kimi menangis. pagi-pagi memang dia nangis jer kejenyer. aku kene tidurkan dia  dulu sebelum aku masuk keje.kalau x dia nangis la.aku suapkan pagi pun dia tak nak. macam memberontak jer tinggal kat taska tu.

dia dah lena tidur terus aku cabut. masa tu ibu-ibu baby ada lagi kat situ. aku ada jugak la tanya ibu-ibu kat situ.dia kata kimi asyik nangis jer. pastu aku tanya lagi.pastu cikgu-cikgu dia xambl ker atau pujuk ker.diorang kata cikgu-cikgu tu wat relaks jer la xdek kata aper-aper..

masa tu anak aku demam la sikit-sikit, aku bawalah kain selimut yang panjang macam tuala mandi n tebal sebab takut dia sejuk.nak dijadikan citer, memang tiap-tiap time rehat aku pergi tengok anak aku. DIBEDUNGNYER KIMI DENGAN KEMAS N KUAT. TERSENTAK HATI AKU TENGOK ANAK AKU DALAM KEADAAN BERBEDUNG. aku duduk kat tepi anak aku. time tu dia tidur. aku tengok jer muka dia,kesian wei. kimi macam tahu jer aku ada sebelah dia, terus dia wat muka simpati, sediah n terus nangis... YA ALLAH terbakarnyer hati ibu ni nak.. aku tanya kenapa bedung dia kata kimi susah nak tidur asyik nangis jer.. ok ada jugak la kesabaran dalam hati aku ni..xdek meletup lagi la.. seminggu jugak la anak aku diperlakukan camtu. ni time rehat jugak la kan,time tu semua cikgu-cikgu berkumpul dalam bilik baby(biasanyer diaorang dalam bilik masing-masing) hari tu lain lak sebab pengurus taska ada dalam bilik dia...hari tu aku tengok anak aku dibendungnyer lagi..kali ni kesabaran aku dah tak boleh dikawal dah. terus aku jerit depan cikgu-cikgu tu... "bedung lagi!!!!" haaa time tu la aku dengan beraninyer aku tegur cikgu yang jaga kimi depan semua cikgu-cikgu kat situ. "janganla bedung kimi, kesian dia...time kecil pun akak tak pernah bedung dia,tetiba umur dah nak masuk setahun kene bedung pulak. cikgu dia jawab macam ni lak " kalau xbedung dia tak nak tidur kak asyik nangis jer'. aku jawab pulak. 'bagi la bantal peluk dia tu mesti dia tidur...".dia jawab pulak. "tak jadi kak, tak mau jugak kimi tidur". perasaan marah aku makin menjadi-jadi. terus aku bawa anak aku naik ofis kejap.. masa nak hantar balik ke taska tu, tergerak hati aku nak buang sampah dalam tong sampah kat taska tu. lagi aku terkejut tengok bubur baby dibuangnyer. takkan la bubur tu dah basi jam baru kul2 petang time tu. bubur kimi ada lagi time tu cuma ayam n sayur diorang kata xtahu kat mana.gila la jawapan korang. macam mana korang jaga budak-budak tu ayam bubur pun korang tak tahu dok mana. panas dah telinga aku ni.....lepas aku tegur diorang, esoknyer nampak sangat muka diorang tak berkenan dah kat aku. baru tegur sikit dah tak berkenan dah. 

sebelum ni, aku pernah jugak nampak bubur kimi tinggal separuh lagi tak habis.aku tanya la kimi xhabis makan erk? diorang jawab kimi makan sikit jer... lepas tu diorang tak letak dah makanan kat situ. aku tanya pulak hari-hari sebelum n selepas tu.. diorang kata kimi makan ok... kalau ok macam mana boleh tak habis? ker korang tak suapkan? ramai gak la yang letak baby kat situ ambil balik anak diorang n hantar ke pengasuh lama... time aku nak ambil anak utk balik, aku sentiasa dengar suara kimi nangis jer kejenyer.

dengan pantas aku ambil keputusan utk hantar kimi ke pengasuh k.nana jugak. k.nana ok jer sebab dia kata kimi senang jaga. tak perlu bedung kimi time tidur. masa tu memang susut jugak la badan kimi mungkin makan hati kot tinggal kat taska tu. hari jumaat 13 januari 2012 aku terus hantar kimi kat k.nana semula. hari pertama hantar  ke umah k.nana, dia terkejut sebab kimi macam takut-takut tengok nana... dia nangis jer tak henti-henti. masa tu aku ada jugak la telefon k.nana tanya khabar kimi.. aku dengar kimi nangis kuat jugak la. k.nana kata kimi macam trauma.sebelum ni dia pun pernah jaga tapi perangai kimi xder la jadi macam ni.setelah 3 hari tinggal dengan k.nana kimi dah kembali seperti sedia kala. kmi paling rapat dengan husband k.nana. sekarang ni k.nana dah jaga 2 orang baby n 3 orang sebaya dengan kimi. kimi manja pelik dengan husband dia sampaikan budak lain dekat dengan husband k.nana kimi tak bagi.dia terus g duk dekat dengan husband. ada satu hari tu, husband k.nana baring sekejap kat luar lepas balik keje terus si kimi ni tidur atas dada husband k.nana.husband dia kata kimi ni manja sangat ngan dia. sampaikan husband k.nana nak ambil kimi jadi anak angkat dia lak..huhuhuhu..hepy aku dengar.time nak ambil kimi pun nampak kimi hepy semacam jer.kul6.20ptg aku baru pergi ambil kimi umah k.nana..

 aku ambil keputusan utk buat report kat pengurusan kkm yang menguruskan taska tersebut. aku hantarkan surat kat puan majidah. surat ni aku emailkan kepada puan majidah pada hari jumaat bersamaan 13 januari 2012..

begini bunyi surat tersebut :


Salam Pn. Majidah

Pn. Sebelum ni seumur hidup saya tidak pernah membuat aduan apa-apa hal pun. Tapi kesabaran saya dah tak boleh tahan dah sehinggalah saya terbuka pintu hati untuk membuat aduan tentang staf taska  kepada puan. Saya ingin membuat aduan tentang layanan staf taska terhadap kanak-kanak. Sebelum ni saya pernah hantar anak saya yang berumur  xxbulan kat taska kkm. Saya amat sedih dan tersentuh serta perasaan marah membuak-buak dengan layanan staf taska terhadap kanak-kanak. Saya hantar anak saya selama sebulan setengah tapi tiada perubahan yang berlaku terhadap anak saya. Maksud saya di sini dari hari pertama hingga hari terakhir hantar anak iaitu sebulan setengah,anak  saya asyik menangis jer. Anak saya menjadi trauma semasa tinggal di taska. Walaupun dia masih kecil tapi dia dah pandai tunjuk reaksi bahawasanya dia tidak suka tinggal di taska. Dia asyik mengamuk walaupun saya ada di sisi dia (dalam bilik baby). Selain itu, sampai jer kat pintu taska dia terus nangis. Nampak sangat dia tak suka kat staf –staf taska tu. Depan mata saya sendiri saya tengok kejadian ni puan. Staf dalam bilik baby buat tak tahu saja budak nangis. saya tahu la diorang nak ajar budak-budak tu berdikari tapi janganlah sampai budak tu nangis berterusan hingga teresak-esak. Itu bukan ajar berdikari namanya tu tapi MALAS dan LANGSUNG TAK MENGHIRAUKAN BUDAK-BUDAK yang nangis tu. Sedih dan kasihan tengok budak-budak tu. Rasa geram sangat kat staf-staf tu. Diorang boleh buat macam tu kat anak2 orang lain, apatah lagi terhadap anak saya ketika saya tiada di taska.
Sebelum ni anak saya senang jer tidur walaupun kat umah pengasuh lama dulu. Tapi bila sampai kat taska staf-staf kata dia susah sangat tidur  dan tak mahu tidur katanya. Lalu diorang bedong anak saya dengan ketat hingga meninggalkan kesan bedong di tangan anak saya. Anak saya bukan kecil lagi untuk dibedong sedemikian.saya tidak pernah bedong dia sejak lahir lagi. Hantar jer kat taska diorang boleh bedong anak saya. Selama seminggu diorang  bedong anak saya, saya masih lagi boleh bersabar. Tapi tahap kesabaran saya pun ada batasnya. Minggu seterusnya dia masih lagi bedong anak saya. YA ALLAH terasa macam pisau menusuk hati saya tengok anak saya dibedong lagi. Lalu saya tegur la staf-staf kat dalam bilik baby tu, “janganlah bedong anak saya. Dia kan dah besar bukannya baby yang baru lahir. Budak tu nak bergerak bebas pun  tak boleh”. Cuba rasa kalau orang bedong kita masa nak tidur..adakah kita rasa selesa dilakukan sedemikian??? Diorang pandai pulak menjawab, “anak akak susah tidur itu yang kitorang bedong”. Dah budak tu susah nak tidur, kita sebagai pengasuh ni kena pandai la tidurkan budak tu bukannya dengan ambil jalan mudah untuk bedong budak tu. Bukan anak saya jer yang kena bedong, budak lain pun kena jugak. Lepas saya tegur diorang nampak sangat diorang macam  tak berkenan dah dekat saya ni. Bercakap pun dah kurang dah. Sesetengah ibu ada jugak yang  tak puas hati tapi diorang  tak buat aduan,hanya sekadar berbincang jer sesama ibu-ibu. Biarlah saya yang buat aduan tentang perkara ini.
                Pada hari yang sama jugak , saya nak suapkan anak saya bubur pada petang masa rehat la. Diorang kata untuk tengahari dah suapkan dah. Tapi saya tengok macam  tak luak lagi pun bubur makan tghr untuk anak saya. Pastu masa saya sampai tu anak masih tidur. Pelik jugak saya ni, masa mana la diorang suapkan utk anak utk tghr ni. Saya tanya la mana sup dan ayam yang saya sediakan utk anak saya ni? Diorang boleh jawab tidak tahu. Masyaallah lagi la terbakar hati saya ni. Buburnya banyak lagi, sup dan ayam pulak tidak tahu ke mana. Ker sup dan ayam tu berjalan sendiri?. Maaf yer puan saya menggunakan ayat kasar. Tapi saya nak luahkan jugak perasaan saya ni.  Sebelum ni saya pernah ternampak la bubur anak saya masih lagi banyak waktu saya nak ambil anak saya waktu petang. Saya tegur la dia anak saya tak makan ker. Diorang jawab anak saya tak nak makan. Makan pun sikit jer. Saya terima jer la kata-kata diorang tu. Lepas tu saya tak nampak dah bubur yang  tak habis dalam bilik baby tu. Ada jugak saya tanya, anak saya habis ker makan bubur tiap-tiap hari.diorang jawab habis jer. Entah la macam mana terbuka hati saya untuk buang sampah dalam bilik pakaian baby tu. Terkejut saya tengok,rupa-rupanya diorang buang bubur budak-budak dalam tong sampah. Memang habis la bubur budak-budak tu kena buang dalam tong sampah, kalau kata bubur tu nak basi, takkan pukul 2 petang dah basi kecualilah dah pukul 5ptg. Saya pun tak ambil gambar masa tu sebab tak bawa telefon. Rugi rasanya tak dapat ambil gambar. Kalau tidak dapatlah bukti yang kukuh.
                Kesian la puan kat budak-budak yang nangis, diorang tak menghiraukan pun sekadar tegur naper nangis ni tapi tak pujuk dan ambil pun budak yang nangis tu. Budak-budak kecil ni dia perlukan kasih sayang. Tapi staf-staf kat sana tak ada perasaan kasih sayang terhadap budak-budak tu. Yang diorang tahu mandikan, suap n bagi susu jer. Itu pun tak ikut jadual yang sememang diorang buat dan tampal kat pintu atau dinding taska. Satu lagi puan diorang ni sebenarnya kita boleh tengok memang pilih kasih yang mana budak yang baik dan tak meragam atau tak menangis (senang jaga) diorang ambil pegang dan siap riba lagi. Tapi kalau budak yang nangis memang diorang tak hiraukan dah. Tambahan lagi diorang ni membiarkan jer hingus  budak-budak meleleh tanpa dilap. Pernah jugak saya tegur hingus budak ni (time tu saya ada dalam bilik baby) meleleh. Staf ni buat tak tahu saja boleh dia suruh staf lain pulak lapkan. Nampak sangat malas nak bergerak. Yang staf sorang tu namanya Anis saya akui dia memang bagus jugak jaga budak. Yang lain-lain hampeh tak boleh diharapkan langsung. Apa jadi kalau hingus masuk ke dalam mulut budak2 ni?. Staf kat taska digelar cikgu oleh budak-budak taska kkm tapi bagi saya diorang LANGSUNG TAK LAYAK DIGELAR CIKGU.
                Sejak saya hantar anak kat taska, anak saya asyik murung jer dan sentiasa meragam serta menangis kalau tak duduk di sisi dia walaupun kat rumah. Sebelum ni dia ceria jer sentiasa senyum walaupun dengan orang yang dia tak kenal. Sebenarnya anak saya ni senang dijaga. Perkara ni jugak diakui oleh pengasuh anak saya yang lama. Saya hantar semula kat pengasuh lama anak saya. Dia kata anak saya macam trauma jer bila tengok muka perempuan. Kalau tengok muka perempuan dia terus nangis sekuat-kuatnya. Sebelum ni anak tak pernah macam ni. Dia nak jer sesiapa yang ambil dia. Dia tak kisah. Sekarang ni dengan mana-mana orang pun dia tak nak. Luluh hati saya apabila anak saya jadi macam ni. Sebelum apa-apa terjadi terhadap anak saya dan kepada budak-budak lain, saya harus bagitau semua ni kepada puan sebelum terlambat.
                Apa yang diorang rancang kat budak-budak taska tak sama dengan jadual yang mereka buat. Saya jugak pernah nampak  staf bilik tengah (umur budak 2-4thn) memandikan budak dengan pancuran air getah yang sangat kuat menyebabkan air boleh masuk dalam telinga. Dalam masa yang sama jugak boleh menyebabkan budak hampir lemas. Saya pernah ambil anak waktu tengahari, masa tu budak –budak tengah makan dan ada yang nak tidur. Ada ker patut staf kat situ tolak dengan kuat budak tu suruh tidur kat tepi dinding. Saya minta janganlah berkasar dengan budak-budak tu. Cakap la dengan elok-elok.
                Staf-staf taska kkm yang dulu memang jauh lebih baik dan bagus daripada sekarang. Sebenarnya kita tak boleh ambil sambil lewa  pengasuh-pengasuh budak ni. Sepatutnya kena ambil yang betul-betul berminat dengan budak-budak dan punyai sifat lemah lembut dengan budak-budak baru lah mereka ceria dan gembira ketika berada di taska. Bagi pendapat saya Staf-staf taska kkm perlu menghadiri kursus pendidikan awal kanak-kanak la puan.
                Justeru itu, saya berharap perkara ini diambil berat sebagai isu yang serius dan diambil tindakan yang sewajarnya. Cadangan saya juga diharap pihak dari Bahagian Khidmat Pengurusan sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan mengejut di taska kkm.
Sekian.

IBU PRIHATIN

copy dari surat aku bagi kat puan majidah...

*p/s : aku rasa dah serik nak hantar anak kat taska. mungkin korang kata, alaa setakat bedung jer tu pun nak buat report ker? kalo sekadar selimut jer ok la ni bedung ketat la wei..bukan umur 2-3 bulan ni.dah umur nak masuk setahun ko..ibu mana yang xmarah wei...kalau kene kat anak korang sendiri baru tahu macam mana perasaan seorang ibu. yang paling aku puas hati aku dah buat report kat kkm. aku bukan nak burukkan taska tersebut.ini hanya pengajaran n berhati-hatilah memilih tempat utk kita tinggalkan anak kita time keje. SEKARANG KIMI DAH KEMBALI CERIA N BERAT SEKARANG DAH 9.1KG.TERIMA KASIH K.NANA KERANA JAGA KIMI DENGAN BAIK MACAM ANAK SENDIRI.




9 ulasan:

  1. oooo mcm tu ker...???

    kecian kimi tu...

    BalasPadam
  2. ita : a'ah ita..cmtu citernyer

    nisa : aiii nisa..dh ada blog sendiri erk?

    BalasPadam
  3. Salam puan, sy sdg dlm dilema nak hantar anak berusia 3 bln ke taska, dr cerita puan, pengasuh k.nana tu mcm ok, boleh sy dpt ctc no die? Emai sy mai.dosm@gmail.com

    BalasPadam
  4. sALAM..pUAN, BLH SAYA TAU, PENGASUH PUAN TU DAH FULL KE KUOTA JAGA BABY?....SY TGH CARI PENGASUH ANAK SAYA YG BERUMUR 3 BLN..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm, saya pun xtahu nak cakap penuh ke tak..sebab sekarang anak bukan bawah jagaan dia dah.mak saya yang jaga sekarang sebab saya dah pindah ke kelantan.mcm ni la,saya tanya dia dulu dah penuh ke tak.nanti saya bagtau en mus yer....

      Padam
  5. salam..ape name taska ni ye,..

    BalasPadam
  6. taska de'sayang blok E3 atau E7 ?

    BalasPadam

komen anda amatlah dialu-alukan..