Nuffnang ads

Selasa, 28 Oktober 2014

Rumah Kami

Sebelum che niey masuk meeting pagi ni kul10 , che neiy nak kongsi rumah che niey yang telah lama terbuku dihati...sebelum ni che niey pernah bagitau yang che niey sekeluarga akan tinggal kat umah ni awal januari 2014, tetapi tidak kesampaian disebabkan ada perkara yang tidak dapat di elakkan.

okey, nak citer sikit pasal umah ni.. umah ni dibina pada tahun 70/80 an lagi. umah kayu masih lagi utuh sehingga sekarang. umah dibina oleh ayah mertua che niey. ayah mertua ada banyak buah umah. dia bina atas usaha dia sendiri. bayangkan orang dulu2, xder pekerjaan hanya sekadar menjual tanaman yang dicucuk tanam sendiri dapat membeli tanah di kota bharu dan membahagikan sama rata kepada 12 orang anak2 nyer. kenapa kita yang ada pekerjaan tetap dan sentiasa tak cukup dan tidak mahu mempunyai anak ramai risau takut duit tak cukup dan sebagainyer.bagi che niey setiap anak itu ada rezeki masing2.

okey dah2 merepek bagai pulak che niey ni, husband che niey dapat umah ni dan sebidang tanah lagi yang berhampiran dengan umah ni jugak la. pada mulanyer kami nak bina umah kat tanah tu tapi husband tukar fikiran pulak dah, nak bercucuk tanam pulak.ok fine che niey ikut jer kemahuannyer. sekarang tanaman husband dah mekar.  MPKB dah pun meluluskan pelan umah kami just bina jer tapi terpaksa postpone dulu.

sebelum ni dijadikan umah sewa. last sekali tadika kemas yang sewa. inshaallah setelah siap umah baru kami, akan kami jadikan umah ni homestay @ umah sewa. tengok keadaan la macam mana.

SEBELUM


cat asal warna hijau, ni idea kami suamisteri nak cat umah warna warni barulah ceria. tak gitew kengkawan? che niey mintak tolong adik2 che niey mengecat umah ni. nasib baik la masa ni diorang tengah cuti sem.


kitorang bertungkus lumus siapkan umah ni..balik jer keje terus singgah dan cat sampai ke malam. nasib baik umi tolong jaga anak3. dalam tempoh seminggu lebih jugak la nak siapkan umh ni.




SELEPAS



Taraaaaaa.. inilah umah sesudah cat..gambar fresh baru jer snap semalam. jam pun menunjukkan kul 9.10 malam.tv besar che niey bagi kat umi, che niey amik tv kecik jer.janji dapat tengok tv itu sudah memadai. kat ruang tamu 1 ni  cat warna pink, alamak tak ingat dah nama pasifik warna cat ni.sory yer.



budak2 ni dok ralik main keta


bantal bucuk abe ngah ada di mana2..xleh tinggal bantal tu time nak tidur lagi la ralik cari bantal. kat dinding sebelah kanan tu, gambar semasa kecil dan terkini anak3 bujang kami. sebelah kiri pulak gambar abe long masa sekolah kat putrajaya 5 tahun dan pasir mas 6 tahun.


ruang tamu 2 tu warna kuning pulak. nampak tak kotak besar tu tepi dinding sebelah kiri? haaa tu la barang pelamin..bersepah barang pelamin kat situ, tu pun setengah lagi simpan umah kakak ipar.


gambar ni masa baru lagi duduk umah ni, kami letak meja komputer kat sini. sekarang meja komputer berada dalam bilik abe long n abe ngah. uiiikkk abe ngah very seksi la..abaikan. langsir pun belum pasang lagi.


yang ni terkini, meja komputer diganti dengan meja makan pulak.sebelah kanan tu bilik kami laki bini.



aduhaiii che abang che niey xleh dok saja, gerenti gitar ditangannyer. gambar fresh ni tau.semalam punyer citer


haa ni pulak bilik anak2 bujang kami.. hari2 nak kene bagi kelepek kat anak2 ni mintak suruh simpan balik mainan lepas main. warna ungu jadi pilihan che niey untuk bilik anak2 bujang kami. rasa sejuk jer wanra ungu lembut ni.




sebahagian dari bilik kami laki bini. warna pilihan hijau


ni pulak bahagian dapur. ni masa mula2 kami bertapak kat sini.


ni pulak yang terkini. bilik warna pink tu adalah bilik mandi. okey jam pun dah menunjukkan pukul 9.45 pagi. lagi 15 minit nak masuk meeting. 

umah belum hias sepenuhnyer lagi. kalo ada masa nanti, inshaallah che niey nak hias lagi mana yang patut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda amatlah dialu-alukan..