Nuffnang ads

Khamis, 3 Julai 2014

Hari Persandingan Adik



Salam Khamis salam ramadhan semua.. hari ni dah 5 ramadhan, moga korang menikmati puasa dengan sabar dan tabah. tak mau berleter panjang-panjang lebar, jom layan citer aku ni.


2 jun 2014 bersamaan hari isnin merupakan hari sejarah untuk adik perempuan aku.so dah tak der la lagi anak perempuan puan nora yang tak kawin. aku kawin masa umur 21 tahun lagi..jodoh awal sampai kan buat apa tunggu lama-lama, betul tak.adik aku ni jodoh lambat sikit.kawin pada usia 27 tahun. tak per  janji kawin jugak akhirnya.



aku nak habaq kat korang, ni pelamin aku yang buat khas untuk adik aku ni. pemasangnyer adik-adik aku n kawan adik aku yang datang jauh dari kedah.diorang pun nak meraikan majlis perkahwinan adik aku ni.

saper-saper yang nak buat tempahan pelamin, makeup dan sebagainya boleh la hubungi aku. buat sementara ni aku buka kat umah aku di tanjung mas, kota bharu jer dulu bridal. wassap pun boleh 011-11026456.. siap promot lagi. alang-alangkan.

ni sebahagian gambar yang ada dalam telefon aku jer..dalam kamera tak termasuk. sikit-sikit dah la yer.kang korang jemu pulak nak melayan banyak gambar.



pihak pengantin lelaki sampai dalam kul3.30 petang



jurukamera pulak adik lelaki aku. ni adik lelaki no.3 dengan isteri dan anak. 


ni dia adik perempuan aku


sah suami isteri. lepas kawin 8 hari kene tinggal dah si isteri..hahahaha. adik ipar aku ni keje kat sarawak.adik aku pulak keje kat pasir mas. xper dugaan awal perkahwinan dok berasingan. inshaallah lepas ni boleh dok sebumbung. sabar n sentiasalah berdoa moga korang cepat-cepat sebumbung. kakak ekau pun dulu dok jauh gak lepas kawin 3 bulan selama 3 tahun.


satu family


baby mizan dah tidur time ni, so xder la gambar bersama dia. sayangnyer. nampaknyer aku makin berisi sekarang .hehehehe. lepas ni aku update pulak gambar aku yang dulu-dulu sehingga sekarang. TUNGGU...


bff sejak dok kementerian kesihatan malaysia, putrajaya sampai la sekarang. pada mulanyer aku yang dapat tukar kelantan dulu.. mintak tangguh sebulan.lepas sebulan tu dia pulak boleh tukar..rezeki kan. alhamdulillah. aku keje kat jkr kelantan, kota bharu kak zura pulak still lagi jabatan kesihatan tapi kat klinik kesihatan cherang ruku pasir puteh.


 ni sebelah umi. sepupu n anak sepupu umi..kitorang memang rapat sejak dulu lagi. 

ok bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda amatlah dialu-alukan..