Nuffnang ads

Khamis, 17 Julai 2014

Di Zaman Kanak-Kanak Riang

Salam semua, amacam poso hari ni? pejam celik pejam celik tinggal 11 hari lagi kita nak beraya sekejap jer kan masa berlalu. persediaan hari raya macam mana? dah ready ke semuanyer?aku? alhamdulillah hampir settle semuanyer.tahun ni aku wt persediaan awal untuk celebrate hari raya. apo tidoknyer tahun ni merupakan tahun pertama beraya di rumah sendiri kat kampung. tahun-tahun sebelumnyer rileks jer, aku dulu perantauan sekarang tidak lagi.

tak sabar rasanyer nak beraya ni. dapat berkumpul kami adik beradik. bertambah la adik ipar aku tahun ni sorang lagi. untuk pertambahan seterusnyer aku rasa lambat lagi kot sebab adik-adik aku yang lain semuanyer laki yang masih bujang n masih lagi belajar.

ok citer seterusnyer aku nak bagitau ni la aku masa kanak-kanak riang.



masa ni umur aku setahun 4 bulan. belakang aku tu cousin rapat tau.diorang adik beradik. umur yang berseluar biru tu sekarang dah 33 tahun sama baya dengan en.husband aku. rambut kerinting lak dah 31 tahun. masing-masing dah beranak 2.


dulu mata aku tecik jer kan sekarang dah besau sangat.huhuhuhu.. ni jer gambar aku yang dapat rembat dalam album aku. banyak lagi gambar masa sekolah rendah dulu tapi album tu dok umah umi aku pulak. lepas ni aku rembat pulak gambar aku tu kat umah umi. semua tu kenangan terindah tau masa aku kecik-kecik. sebab tu aku suka sangat snap gambar anak-anak aku masa kecik ni. nanti diorang dah besau boleh la diorang tengok macam mana diorang kecik dulu.

*p/s : alhamdulillah jerawat dan parut kat muka aku dah makin hilang. syukur..lega sekarang ni xyah pikir sangat dah pasal jerawat.

Isnin, 14 Julai 2014

Ragam Anak-anak

Salam senin, salam ramadhan..esok cuti nuzul al-quran.7 negeri jer yang amik cuti nuzul al-quran, kelantan, pahang,perak,perlis,pulau pinang,selangor dan terengganu.baju raya kitorang dah siap beli 2 bulan lepas..malas nak bersepit dalam bulan pose ni + penat nak pilih barang-barang. senangkan beli awal-awal. bulan pose kita rileks ejr la xyah lagi pk pasal baju raya anak-anak.

maybe esok g cari biskut raya.tahun ni perasaan malas menguasai diri untuk membuat biskut raya. so kita g tunjuk kat kedai jer la. tahun-tahun sebelumnyer rajin jer aku mengguli biskut raya, macam-macam nak buat tapi bila dok umah sendiri ni rasa nak pegi tunjuk jer kat kedai.

oklah jom layan gambar hero-hero aku ni.


masa ni g sekolah abe long sekolah ismail tiga kota bharu sempena majlis sarana ibu bapa. kejadian sebelum puasa.21 jun 2014 semua sekolah ada kelas gantikan sempena cuti hari raya.en hubby pulak keje, so aku bawa la hero-hero aku ni. sampai naik boring budak tecik tu. aku layan jer la hero-hero aku ni main kat beranda.

letih aku dok ikut hero tecik ni pusing sana pusing sini..aduiiii.sabar jer la. abe ngah dah besar ok la, dia dengar kata.


time ni ada fun fair kat stadium kota bharu. abe long pulak sibuk nak naik benda pusing-pusing ni.aku nga abe long n abe ngah, ayah pulak dengan adik.budak-budak ni xder rasa takut pun..aku dh rasa hati xder dah. gugup rasanyer.rasa macam nak jatuh jer.


sengih jer abe long boleh rasa pusing-pusing ni





malam tu jugak ada persembahan dikir barat. dok dengar dikir barat ni ralik jer. pendikir ni kelakar main sepontan jer keluar lirik lagu.banyak syok wooo.



ok tu jer citer aku untuk hari ini.

*p/s : xpernah-pernah muka aku ni naik jerawat, tetiba jer ada 8 biji jerawat beranak kat muka aku ni..dugaan sungguh, alhamdulillah jerawat dah beransur pulih sepenuhnyer.mintak-mintak janganlah naik jerawat lagi..13 hari lagi ni nak raya..tak sanggup mak ko. aku rasa  mungkin disebabkan resdung, pada masa yang sama hidung, mata dan muka aku gatal, hidung berair dan asyik bersin jer. first time resdung menyerang aku dengan teruk.

Rabu, 9 Julai 2014

Besday Aku

Salam Ramadhan.. hari ni dah 11 hari umat islam berpuasa. tahun ni merupakan tahun pertama aku menyambut besday bersama suami tercinta n anak3 di bulan puasa setelah 7 tahun 5 bulan hidup berumahtangga dan juga merupakan tahun pertama abe long belajar berpuasa.

30 Jun 2014 malam en.suami dah celebrate besday aku kat kedai nasi ulam dekat Cherang. malam tu berbuka puasa kat umah jer..lepas solat isyak en.suami ajak makan kat luar pulak.sempena besday aku ni dia tanya aku nak makan apa.. aku jawab ler nak makan colek -colek jer. ok jom kita cari kedai yang ada colek-colek.


ok inilah menu pilihan aku. kerang rebus, colek buah dan colek campur. colek campur ni macam-macam ada, ayam, hati,udang dan lain2. abe long penat tertidur pulak dia nyer.kita dok makan-makan dia tak sedarkan diri dah. harga untuk semua ni adalah rm35.00 jer.


1 julai 2014 tu la tarikh besday aku. kitorang berbuka kat pizza hut. husband la belanjo. dua kali dia celebrate besday aku walupun simple tapi aku suka n bahagia dapat celebrate nga orang tercinta. tahun ni xder kek sebab mulut aku ni tak terliur pun kat kek. biasa lah bulan puasa kan. hari tu jugak la abe long full poso 1 hari... sejuk hati mak ko ni nak.heheehe.


abe long tak sabar dah nak berbuka puasa. dahaga dah dia. petang tu pegi jugak la bazar ramadhan. dia mintak air soya.. nyaris-nyaris dah dia nak minum air tu. dahaga sangat kot.kesian abe long. setakat semalam 1 hari jer penuh puasa. hari lain kul2@5 dah buka puasa abe long..xper la abe long janji abe long nak jugak berpuasa.


Khamis, 3 Julai 2014

Hari Persandingan Adik



Salam Khamis salam ramadhan semua.. hari ni dah 5 ramadhan, moga korang menikmati puasa dengan sabar dan tabah. tak mau berleter panjang-panjang lebar, jom layan citer aku ni.


2 jun 2014 bersamaan hari isnin merupakan hari sejarah untuk adik perempuan aku.so dah tak der la lagi anak perempuan puan nora yang tak kawin. aku kawin masa umur 21 tahun lagi..jodoh awal sampai kan buat apa tunggu lama-lama, betul tak.adik aku ni jodoh lambat sikit.kawin pada usia 27 tahun. tak per  janji kawin jugak akhirnya.



aku nak habaq kat korang, ni pelamin aku yang buat khas untuk adik aku ni. pemasangnyer adik-adik aku n kawan adik aku yang datang jauh dari kedah.diorang pun nak meraikan majlis perkahwinan adik aku ni.

saper-saper yang nak buat tempahan pelamin, makeup dan sebagainya boleh la hubungi aku. buat sementara ni aku buka kat umah aku di tanjung mas, kota bharu jer dulu bridal. wassap pun boleh 011-11026456.. siap promot lagi. alang-alangkan.

ni sebahagian gambar yang ada dalam telefon aku jer..dalam kamera tak termasuk. sikit-sikit dah la yer.kang korang jemu pulak nak melayan banyak gambar.



pihak pengantin lelaki sampai dalam kul3.30 petang



jurukamera pulak adik lelaki aku. ni adik lelaki no.3 dengan isteri dan anak. 


ni dia adik perempuan aku


sah suami isteri. lepas kawin 8 hari kene tinggal dah si isteri..hahahaha. adik ipar aku ni keje kat sarawak.adik aku pulak keje kat pasir mas. xper dugaan awal perkahwinan dok berasingan. inshaallah lepas ni boleh dok sebumbung. sabar n sentiasalah berdoa moga korang cepat-cepat sebumbung. kakak ekau pun dulu dok jauh gak lepas kawin 3 bulan selama 3 tahun.


satu family


baby mizan dah tidur time ni, so xder la gambar bersama dia. sayangnyer. nampaknyer aku makin berisi sekarang .hehehehe. lepas ni aku update pulak gambar aku yang dulu-dulu sehingga sekarang. TUNGGU...


bff sejak dok kementerian kesihatan malaysia, putrajaya sampai la sekarang. pada mulanyer aku yang dapat tukar kelantan dulu.. mintak tangguh sebulan.lepas sebulan tu dia pulak boleh tukar..rezeki kan. alhamdulillah. aku keje kat jkr kelantan, kota bharu kak zura pulak still lagi jabatan kesihatan tapi kat klinik kesihatan cherang ruku pasir puteh.


 ni sebelah umi. sepupu n anak sepupu umi..kitorang memang rapat sejak dulu lagi. 

ok bye...