Nuffnang ads

Khamis, 30 Januari 2014

Resepi Ais Krim

Ya ampun den terlupa ramai dok suruh update resepi ais krim dalam blog..tetiba hari ni teringat.dah 2 bulan lamanyer..mintak maaf mintak ampun banyak-banyak..den dah tua gamaknyer boleh terlupa plak..jangan kata kita kedekut ilmu yer kita terlupa sebenarnyer..
 
esok kita dah start cuti (jumaat memang Kelantan cuti la woii). selamat menyambut hari raya cina 2014 semua yer..
 
ok lah xyah dok cakap panjang-panjang. jom kita terjah resepi ais krim warna warni wani..haaaa nama tuan punyer blog pun dah nak sama dengan nama ais krim ni..hehehhehe...
 
 
 
 
 
RESEPI AIS KRIM WARNA WARNI WANI
 
* 1 tin susu cair @ susu segar
* 1/2 tin susu pekat (suku jer pun boleh, ikut selera masing-masing. kalu nak manis taruk jer 1/2   
   tin. saya letak suku jer)
* 1 biji telur (xmau taruk pun xper)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1 sudu besar ovallet
 
CARA-CARANYA
 
1) Guna stand mixer - campur semua bahan-bahan kat atas tadi
2) goyang gerudi mixer tu selama 15-20 minit. gelek tanpa henti sehingga tekstur menjadi pekat dan 
    liat
3) asing-asingkan tekstur tersebut ke dalam bekas yang berlainan, kemudian taruklah warna apa pun
    yang korang suka.
3) kemudian letak dalam peti ais sehingga ais krim menjadi beku atau keras
 
senang jer kan nak buat asir krim? haaa macam ni la cerita dia macam mana nak buat ais krim sendiri kat umah..lepas ni tak payah beli dah.hahahaha
 
Selamat mencuba!!!!
 



Rabu, 29 Januari 2014

Kejadian yang Tak Disangka

haiii semua..dah seminggu rasanya blog den ni tak berupdate sibuk katanyer. minggu yang membuzykan. yang penting kene siapkan keje dahulu baru boleh update blog. hari ni kita rileks so ada masa nak update blog.fuhhhhhh..
 
 
kami masih lagi menetap umah umi aku kat pasir mas.belum boleh mendiami umah sendiri lagi.tadika kemas masih lagi menyewa umah kami.umah baru satu lagi pulak dalam proses nak buat. in sha allah hujung tahun ni jika tiada halangan kami boleh mendiami umah baru kami. sebelum menetap umah baru kami tu, menetap dulu umah yang tadika kemas sewa sekarang ni. nak halau tak tergamak.tengah mencari umah sewa baru untuk tadika katanyer tapi berapa lama daaa. janji bulan 1 2014 nak keluar dah tapi masih lagi sewa umah kami..ermmmmm sabor jer la selagi boleh sabar. harap-harap cepat-cepat la tadika tu dapat umah lain.
 
 
panjang pulak mencaruknya. masa kami on the way ke kota bharu, kami tengok asap tebal dari jauh. sesampai jer kat roundabout pasir pekan barulah kami tahu rupanya ada berlaku kebakaran kat bangunan kedai. masa sampai kat tempat kejadian, orang  tak berapa ramai lagi.maybe kebakaran ni masih baru lagi. sempat lagi kami menyinggah kat tempat kejadian padahal nak g shopping barang-barang n keperluan anak-anak.
 

 

jam dah kul6.45 petang. kami sampai dulu barulah beberapa minit kemudian bomba sampai.2 kenderaan bomba berada depan kedai yang terbakar n 2 lagi kat belakang kedai. sebenarnya kedai yang terbakar tu tak de lagi penyewanya masih lagi kosong. mungkin litar pintas kot. sebelah kedai yg terbakar tu ada kedai makan n kedai peralatan kereta.

laki aku tengah soal siasat orang kampung sini. masa kejadian tu semua kedai tak buka.
 
 
lepas beberapa minit bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran akhirnya api mulai reda. Alhamdulillah. sebelum orang lain beredar, kami berdara dulu kalu tak gerenti jem la nak keluar nanti.


Selasa, 21 Januari 2014

keje laki den

 
alkisah cuti maulud..cuti xg mana-mana pun.first time laki den wt keje cam gini.hehehehe..terbaik la sayang.kat umah umi aku tengah tambak pasir+tanah bagi tinggi kawasan umah sebab hujn sikit jer dah bertakung air kat umah.sebelum ni umah umi memang xder pagar,biasa la umah kampong kan.
 
kali ni laki den memberanikan diri ikat bata tepi kawasan umah tu dan dibantu oleh bapa saudara n adik-adik den.
 
 


 
hampir separuh siap.
 

tengok bb mizan penuh kekhusyukan lihat case tengah ratakan pasir.
 



satu kawasan umah tambak pasir
 

sampai ternganga mulut adik
 

abe ngah , adik n bapa sepupu diorang
 
 
untuk satu kawasan umah ni 13 lori pasir diperlukan untuk tambak kawasan ni.

 
 
ok tu jer citer pagi selasa ni..malas nak bebel panjang-panjang..layan jer la gambar tu yer..ok daaaaa


Isnin, 20 Januari 2014

Menggamit Memori - Politeknik Kota Bharu

Di sini aku menimba ilmu selama 2 tahun. banyak sangat memori terlekat di memoriku. lepas SPM aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. jurusan yang amik masa belajar kat sini Sijil Kejuruteraan Awam pada  Jun 2004 sehingga  Jun 2006.
 
lepas tu aku sambung Diploma kat Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah pada tahun 2008..masa tu aku dah keje kat Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
 


kawasan kamsis
 




dahulunyer tadika cilik ni belum wujud lagi. sekarang staf kat pkb ni senang nak hantar anak dah
 


yang ni pun belum wujud lagi pada tahun 2006
 

dewan pkb n bahagian pentadbiran
 


Ahad, 19 Januari 2014

Biovelosity Sleep Mate

Salam Ahad semua..hari ni hari bekerja untuk negeri pantai timur..
 
pagi ni saya nak citer serba sedikit tentang selimut cahaya dhuha ni..jomm
 
 
 
 

Biovelosity Sleep Mate merupakan:-

~ selimut pertama di dunia dan juga di Malaysia.
~ disuntik / disembur dengan Garam Laut Dalam.
~ tenaga tulen semulajadi daripada Matahari
~ ia didedahkan selama sebulan pada cahaya matahari - pada waktu dhuha sahaja kerana waktu itu ada unsur istimewa untuk kesihatan dan keberkatan.

Kajian dijalankan selama 20 tahun oleh seorang saintis di Bounh-Bruevich Saint - Petersburg State University of Telecommunication, Rusia. Pakar dalam dianogstik bioperubatan dan pemulihan manusia. Beliau adalah Professor Edward Krizhanovsky
 


Kenapa Garam menjadi pilihan??
  • Rawatan garam telah lama diamalkan di blok Soviet, Eropah Timur dan negara China.
  • Garam juga memainkan peranan penting dalam rawatan Islam
  • Garam juga dijadikan sebagai penghalau makhluk halus dan penawar racun.
Garam telah diadun dalam bentuk Bio Velocity iaitu kelajuan gelombang yang berupaya menembusi badan manusia yang bergetar bertindak dengan molekul air dalam badan - ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba - terhasil oksigen.


 
Bila haba dibebaskan, ia akan melarutkan kolestrol yang tersumbat di salur darah juga melarutkan darah beku di arteri jantung dan otak yang menyebabkan darah menjadi lancar di seluruh badan.


Bila darah lancar...semua masalah kesihatan akan beres dengan izinNya. Hormon balance, sel di renew berlaku sebab tu makin sihat dan awet muda.
Kenapa Tenaga Matahari & Garam digunakan??
 




* Sebab masa tidurlah renewal sel berlaku, tetapi hanya dengan tidur yang lena.
* BVSM bantu anda untuk dapatkan tidur yang nyenyak tanpa gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku semaksima mungkin.
 
* Otak dapat berehat dari sebarang emosi, interaksi dan mudah membuat keputusan.


* Tidur yang lena akan pulihkan aura 


 
 
 
Hanya tidur / selimut / peluk sahaja.......
 


* Tidur dengan BVSM bagi yang belum sakit INSYAALLAH dapat elakkan sakit jantung dan strok

Tindak Balas Dengan BVSM

Cara Penjagaan

BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.

 Cara Penggunaan

Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap sudut tilam


TIPS: berdasarkan banyak pengalaman...macam-macam ada...ramai yang dapat manfaat segera dalam masa 3 hari.....walaupun tempoh penyembuhan biasanya 21 hari....Jadi dalam masa 21 hari tu, anda sabar, bersangka baik, teruskan tidur di atasnya, minum air mineral 10-15 gelas sehari & minta doa sungguh-sungguh kepada ALLAH SWT...


* Ada yang lambat rasa
* Ada yang kata terus rasa nak muntah
* Ada yang kata lega.....1st night tidur....Subhanallah sedapnyerr tidur...ringan rasa badan
* Ada yang rasa masalah tulang belakang masih rasa sampai sekarang walaupun kurang
* Ada yang kata : "Tulang belakang saya dah OK...ALHAMDULILLAH.."
* Ada yang kata muntah-muntah
* Ada yang kata: "Malam tadi saya mimpi teruk dan takutt!!"
* Ada yang kata tak boleh tidur malam
* Ada yang kata malam tadi tidur lena, sedangkan dah bertahun tak boleh tidur
* Ada yang kata masalah kronik selama 6 tahun macam dibuang terus

 

apa pun....BVSM memang bekerja sebagai....


* membelai dan mengurut mesra badan anda dan menyihatkan sel
* detox
* baiki
* pulih




Berapa lama baru nampak kesannyer?? Ini yang perlu anda semua tahu!!

* Ada yang badan dah ada bermacam-macam 
(berkarat dalam badan kita tak tahu....ingatkan diri saya juga)

* Ada yang problem saraf

* Ada yang lemak banyakkkkkkk

* Ada yang sel dah lembab

* Ada yang air sangat kurang dalam badan (dalam badan kemarau!!)

so...apa yang berlaku pada badan dan perasaan anda bila bersama BVSM....bergantung kepada sistem badan masing-masing!!!


Keistimewaan BVSM

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti
 
UNTUK KETERANGAN LANJUT N HARGA BOLEH CONTACT SAYA , WANI 011-11026456 SEKARANG!!!

 
 
 
 
 


Khamis, 16 Januari 2014

Ragam Anak-anak

 
cer tengok si budak cute ni ibu sibuk tulis nama abe long kemas2 buku dia plak sibuk dk kacau buku2 tu..
 
 


 
 
start tahun 2014, mmg rutin harian aku dah akan hantar n transit abe long ke sekolah..siap bawa ultraman lagi g sekolah..senyap2 jer simpan dalam beg sekolah dia..aku Tanya dia main atomen ker kat sekolah..dia jawab x.abe long nak main atomen kat taska jer..besar2 pun xleh tinggal lagi atomen tu..memang anak laki ni suka atomen la..hari2 dok suruh beli atomen..abe long xyah cakap la memang dah kenal semua nama atomen termasuk la si hensem abe ngah tu pun dah kenal nama atomen..ibu jer belum kenal sepenuhnya lagi atomen ni.


Rabu, 15 Januari 2014

Style Saya Gayakan Tudung

 
Hai hai hai semua..pagi ni kita nak citer cara kita gayakan tudung... walaupun ada anak kecik sempat lagi tau kita pakai tudung cara gini..nasib baik ler si tecik bb mizan tu tak meragam pagi so kita bolehla gayakan tudung ikut selera kita..
 

hari ni kita gayakan halfmoon..asyik tengok orang jer pakai kan..sekarang giliran kita plak try.sebelum ni xtergerak hati nak pakai halfmoon ni sebab rasa macam xsesuai jer dengan kita tapi hari ni kita memberanikan diri mencuba halfmoon ni..
 
gambar kat bawah ni cara kita gayakan selendang
 

 
selendang panjang
 


 
 
dahulunyer xder la dahulu jugak..gambar tahun lepas jer pun..hahahhaha..sebelum nak cuba gunakan selendang n halfmoon kita pakai tudung fareeda..memang masa tu kegilaan ramai masing -masing sibuk beli tudung fareeda..amat selesa sangat pakai tudung ni n cepat n jimat masa..
 
sekarang kita jarang sangat dah pakai tudung ni..time nak cepat jer n pegi pasar jer kita pakai.


Rabu, 8 Januari 2014

cara baby mizan

penuh kekusyukkan ter..

 
 
haaa beginilah si budak ini meneran berak..hahahahhaha..rindu nyer kat budak ni..xsabar nak balik umah dah ni..lagi 3 minit nak habis waktu keje.bau adik mizan dikala pagi memang Wangi sangat..cehh..


Isnin, 6 Januari 2014

selera kita

si mata sepet saya aka baby mizan yang cute mute... mata ikut abe long..dulu masa aku kecik pun mata sepet gak kata umi..sejak besow ni mata pun makin besoww..kahkahkahkah..
 


abe long n abe ngah dengan gaya tersendiri..sibuk jer budak 2 orang ni..ibu dok amik gambar adik, diroang pun sibuk gk nak amik gambar gak...


pagi jumaat kitorang makan kat kedai kakchik..kedai ni terletak kat round about pasir mas jalan menghala ke salor kota bharu...mmg tekak teringin nak makan kat sini lah tempat kitorang..


budak tecik ni, ibu n ayah nak makan pun tak senang..bukannyer dok dediam jer, asyik nak bangun jer budak comel ni..

haaa inilah menu kitorang untuk sarapan pagi..yang penting gulai lemak siput tu..dah lama xmakan siput tu..siput sedup..untuk semua menu ni cas rm16 jer termasuk air teo ais, milo ais n air sejuk..murah kan..so saper 2 yang nak try selera kakchik boleh la singgah kedai makan kakchik pasir mas..macam2 menu adow...
 


Ahad, 5 Januari 2014

bapa borek anak rintik

 
beginilah alkisahnyer..bapa borek anak rintik..tiga2 hero ibu ayah ni ikut jejak ayah..minat sangat main gitar ni..adusss..ayah siap beli gitar kecik utk boboiboy ni..
 
 
ayahnyer asyik main gitar jer..tiap2 malam gerenti main gitar..ibunyer terlentang dah tdo..tinggallah ayah dengan gitarnyer..kesian ayah ibu xlayan ayah main gitar..sory sayang..kiter xleh tdo lewat..mmg dah biasa tdo awal malam..hehehe
 
 
bb mizan pun sama gak pantang bebenor tengok gitar mesti nak g dekat dgn gitar..
 
*p/s: terbaik abe ngah dah pandai masuk taska sendiri dah..ibu pun xrisau dah..sampai jer taska terus melulu masuk..good boy!!!


Khamis, 2 Januari 2014

abe long dah sekolah darjah 1 n first time abe ngah masuk taska

 
selamat petang semua..setengah jam lagi staf gov Kelantan dah habis keje..so aku amik peluang nak update pasal anak2 pegi sekolah...first abe long pegi sekolah kat sekolah kebangsaan ismail 3 kota bharu..Alhamdulillah abe long steady jer..dia kan dah biasa sejak  umur 1 1/2 lg dok taska,so xder masalah la kan..seronok katanyer pegi sekolah..harap2 kekal la keseronokan abe long menimba ilmu sampai bila2 tu..jangan separuh jalan sudah..
 
doa ibu moga abe long success dalam pelajaran.
 
 
segak bergaya abe long mengenakan pakaian seragam sekolah
 
 
hari pendaftaran abe long kene menempuh ujian minda dulu..ibubapa kene dengar ceramah daripada guru.tali leher abe long xsempat beli lagi..lepas hantar abe long ke sekolah, abe ngah siap cakap lagi umah(kelas)abe long tak cantik..huhuhu..sekolah abe ngah ada taman..



gambar ni di snap semalam..lepas habis waktu belajar ermmm kene teman g beli air dulu kat budak ni..dahaga katanyer..bawa air masak nyer xminum..xterusik pun air masak tu..


lepas balik dari sekolah transit abe long kat sini..abe ngah aku dah start ajar dia pegi taska anak soleh ni..hari pertama mmg dia nangis la wei aku tinggalkan dia kt cikgu..sambil nangis tu panggil ibu!!ibu!!!ibu!!! nak bantal!!!bantal bucuk xtinggal woo..
 
kul9.30 pg aku call cikgu abe ngah,bertanyakan khabar abe ngah..cikgu dia cakap abe ngah nangis kejap jer..lps tu dia dok tepi dinding menyepikan diri.suruh makan tak nak..kawan2 dia dok gelak kat dia sebab bawa bantal bucuk.disoroknyer bantal bucuk kat belakangnyer.tengahari dia bersama abe long dah..cikgu kata dia nampak ceria sikit abe long ada..biasa la dia kan tak pernah dok taska..

 
time ni aku nak g amik waktu petang..dia tengok jer muka aku terus keluar air mata, muka pun dah jebek..kesian nyer anak ibu ni..Alhamdulillah hari ni abe ngah dah tak nangis..terus jer masuk kt taska..cepat jugak abe ngah boelh menyesuaikan diri kat taska tu..