Nuffnang ads

Rabu, 26 Jun 2013

Lazatnyer Air Nyor Muda



woow woow beraninyer adik aku ni panjat pokok nyor..semata- mata nak penuhi keinginan tekak masing2. aku tengok pun gayat dah.


kahkahkah (gelak guling2 atas katil) korang tertipu..pokok nyor ni rendah sebenarnyer..tengok tu laki aku siap letak tangga lagi nak panjat pokok nyor ni. kejadian ni petang khamis lepas balik keje.kat kelantan kan setiap hari khamis balik kul3.30ptg. so banyak la masa berada kat umah. sambil berbual2 kami anak beranak, tetiba laki aku kata nak panjat pokok nyor, tengok buahnyer dahaga lak tekak katanyer.


dua beradik ni tukang kira n susun buah nyor..terliur plak aku tengok air nyor ni, namun apakan daya, aku xleh minum lagi masih dalam berpantang. tolong kacau air jer la keje kito ni.


amboi dia berpelukan lak lepas susun buah nyor ni..baik sangat la tu.

*p/s : pada khamis malam tu kejadian yang x disangka berlaku. perasaan takut, sedih menyelubungi diri kami. risau akan dirinyer. akan disambung pada entry akan datang. tunggu yer...byeee byeee

Selasa, 25 Jun 2013

Rezeki Anak-anak Kami


hellow..hellow pembaca blog saya.saya hargai anda...muah!!!! hati rasa gembira tersangat-sangat sebabnyer? jeng jeng jeng..hatiku penuh bunga2 tapi ada sikit keduriannyer.hikhik..

haaa okey2 kita terjah ape yang bunga2 tu ape yang duri2 tu dalam hati syazwani nih...

citernyer begini

sebelum aku tukar ke kelantan, aku dapat surat interview dari spa8 n bertempat di putrajaya. so aku amik keputusan untuk tangguh 3 minggu ke kelantan selepas menjalani interview..wowww ayat skima. xkan ler aku dok kelantan pastu datang balik putrajaya semata2 interview.penat weh.dah ler time tu pregnantkan bb mizan 6 bulan.walaupun perut tecik tapi ada gak ler kepenatannyer, betui dok?

26 oktober 2012 aku dapat ler result interview hari tu, ANDA DIKATEGORIKAN SEBAGAI CALON SIMPANAN SELAMA SETAHUN DARI TARIKH 26 OKTOBER 2012. okey maknanyer 25 oktober 2013 tamat ler tarikh tu.



22 jun 2013 bersamaan hari sabtu, aku dapat surat dari spa8. surat tawaran pelantikan tetap ke jawatan penolong jurutera awam j29.. hati riang dipenuhi bunga2 yang wangi tapi sedikit terselit bunga yang berduri.

hati berbunga wangi tu sebab dapat tawaran ke jawatan ni, pastu dapat lak kat kementerian kerja raya.(saya bangga keje dengan KKR siap hidung berkembang2 lagi) sila sediakan mangkuk untuk muntah yer..

TAPI.......

sedikit terselit bunga yang berduri plak dah, sobabnyer takut berjauhan dengan suami n anak2 yang kini di kelantan,risau + takut + bingung memikirkan penempatanyer kat mana selepas ni.

kekadang apabila memikirkan penempatannyer yang xtahu lagi kat mana, rasa macam nak tolak plak tawaran ni. tapi kalo fikir2 balik xkan nak lepaskan peluang yang diberikan. hayoooo fikiranku berkecamuk plak dah...


TAPIKAN...berapa banyak tapi daaaa

gred jawatan yang saya sandang sekarang akan dinaikkan gred ke j29 berkuatkuasa pada 1 julai 2013, cumanyer surat pekeliling jer belum dikeluarkan oleh JPA. surat edaran dah dapat kepada JKR, kata bahagian korporat la tapi aku xtengok pun surat tu, betui ke dak xtahu la. sekarang JPA dalam proses memilih opsyen untuk kekalkan nama jawatan sekarang cuma naik gred j29 ataupun ubah jawatan ke penolong jurutera j29. kang xpasal2 plak geng penolong jurutera marah n xpuas hati kalo sama jawatan,betui dok? katanyer 2 julai 2013 nanti dapat la result yang sahih. konfius2... gaji baru start jalan bulan 9 ni dah.gaji xtahu la plak dibayar macam mana.


Isnin, 24 Jun 2013

Rindu Arwah Mak Mertua


ketika mak sakit 2 bulan sebelum dia menghembuskan nafasnyer yang terakhir. masa ni mak xleh bercakap n bergerak kerana penyakit stroknyer.inilah serangan strok kali kedua. pertama kali dulu tahun 2010 seingat aku. lepas tu dia sihat n boleh berjalan dengan elok.



kenangan indah bersama mak ketika dia sihat.aku pun sempat gak amik pic dengan dia time ni tapi xleh la publish sebab aku xtutup aurat.cukuplah sekadar publish pic mak bersama anak n cucunyer. time ni abe ngah baru berusia 8 bulan.


umi n mak ketika pegi cameron highland bersama-sama kami


kenangan bersama ketika makan angin kat pantai irama bachok kelantan


mak meninggal ketika aku mengandungkan bb mizan masa tu baru 4bln. mak sempat gak tahu aku mengandungkan cucunyer.moga arwah mak tenang di sana.AAMIN.

Rabu, 19 Jun 2013

hantar adik g politeknik

hellow...hellow.... sudah 1 minggu xupdate blog kiter ni tau.membuzykan diri dengan autocad yang sedang rancak "berjalan".wokey hari ni kiter nak citer tentang perjalanan kiter g kuantan hantar adik g poli.

hari ahad 16 jun 2013 kiter keje sampai kul3 ptg jer sebab kul5.50ptg kiter dah tolak ke kuantan. kiter amik cuti 2 hari. cik abam kiter amik cuti 1 hari jer. macam biasa kiter memang over cuti drp cik abam kiter..alang2 cuti kan. sejak dok keje  kelantan ni, baru 2 hari amik cuti utk tahun ni.
kalo dok putrajaya dulu jenuh dah cuti tinggal separuh dah.


kami solat magrib dekat terengganu. masjid ni diperbuat daripada kayu.aku pun xingat kampung ape dah masjid ni terletak.


suasana dalam masjid





abe ngah ikut ibu.abe long lak ikut ayah solat. bebudak ni xleh dok sekali nanti kan aku lak tak khusyuk solat.apa x nyer, kalo dah berdua tu mesti la diorang main2, kejar2..kalo sensorang alahai bagusnyer anak ibu ni yer.dok diam jer dia kat tepi dinding ketika ibu solat.


nampak x 4 segi tu? tu tempat amik sembahyang.kat tepi tu dipenuhi air.




  abe ngah..abe ngah...ibu suruh senyum,dia selamber jer wt muka gitu...


 sory yer gambar blur ler...kiter guna hset murah jer jadi gambar xberkualiti la. kamera dslr kita utk amik gambar anak2 jer.kalo kiter guna dslr dah tentu x berupdate la jawabnyer blog kiter ni..


malam tu kita tido kat politeknik..pepagi lagi kul6.30pg dah siap n terus menuju mencari sarapan pagi dekat dengan poli.


bebudak ni susoh no nak makan, tau minum air jer pastu main..tengok tu abe long dok main robot lak.makan pun kene paksa bebudak ni.




baby mizan lak tengah syok dibuai mimpi dalam keta.pagi tadi bangun n mandikan awal si baby tecik tu yang dia mengantuk tu. dengan senang hatinyer ibu dapat makan nasi.makanan kat sana xsesedap makanan kat kelantan.jenis tekak kelantan. jawabnyer makanan kelantan jer leh terima.


siap2 jer makan, si tecik ni dah bangun. siap gelak2 lagi dapat tido lena. bantal golek warna biru tu bantal bucuk abe ngah.kalo dia nak tdo n minum susu gerenti bantal tu jugak la dia cari. aku masukkan dalam sarung dia suruh buang balik.

...jom layan gambar si tecik ni dulu...


sekarang dah pandai pegang2 benda dah.bantal yang dok kat kaki dia pun dia leh capai.tengok2 dah ada kat atas muka dia dah.risau kalo letak bantal sebelah dia.



 CAK!! aaaaa

si tecik ni dah boleh meniarap masa umur 4 bulan.wokey gambar dalam kamera dslr.macam aku katakan tadi, bila gambar dalam dslr memang lambat ler aku update blog tu.citer dah basi baru nak update.


  siap makan terus g poli utk pendaftaran kamsis.masa ni orang dah ramai dah.





haaa tengok dua beradik ni..aku dah cakap tadi xleh bersama ni ler jadinyer..berkejaran sana sini.kita plak yang letih perhatikan diorang ni.


haish abe long sempat lagi snap gambar robot dia ngan abe ngah. dalam perjalanan ke kuantan sempat lagi abe long mintak belikan robot kat dia.sekarang kene beli sorang satu dah kalo x berebut.ala abe ngah kejap jer mainan dia boleh main.lepas tu satu2 relai. bila dah relai, mulalah dia amik abe long punyer, time tu bolehlah la tengok diorang berebut mainan.


abe long susah betul nak snap gambar dia, asyik nak lari jer..kalo dia xberkenan amik gambar dia, haaa tengok la muka dia tu.tu pun kene paksa senyum..senyum xikhlas tu.aduiii


4 hero kiter..


lepas siap pendaftaran n barang2 pun dah kemas elok2 dalam loker kamsis, kami pegi lepak2 kat bandar kuantan, pastu pegi kat teluk chempedak, taman teruntum n mini zoo.


masa ni lepak kat teluk chempedak lu




 tempat dia biasa2 jer bagi kami xder yang menarik perhatian kami


lepas tu singgah sebentar kat mini zoo taman teruntum. xmasuk pun sebab tengok ala kadar jer. amboi ko marah orang pahang cakap ala kadar jer...jangan marah yer...itu pendapat kami la. lain orang lain la citarasanyer. betul dak?



 depan taman teruntum tu ada padang golf

lepas semua dah selesai dalam jam 2 petang, kami terus balik umah..kul 10.30 malam kami sampai kat umah. sampai jer umah terus tido.

Ahad, 9 Jun 2013

abe long n abe ngah dengan scramble

kejadian berlaku pada tahun lepas bulan 12 ketika aku mengandungkan bb mizan 8 bulan. mak oiii ayat, stret giler. ni ler first time dua beradik ni bonceng scramble ayah..sebelum ni xsempat sobebnyer aku n dua beradik ni dah pindah ke kelantan.ayah baru amik bulan 9 tahun 2012.




mula-mula dua beradik ni takut2, pastu leh dah tersengih cam gambar kat bawah ni.


bukan main kuat lagi abe ngah pegang abe long


 mak oiii abe ngah mendada ko..abe long steady jer.


wokey tu jer gambar untuk tontonan semua pada hari ini.

p/s: dua beradik ni suka bonceng motor lagi dari naik keta.agaknyer dah boring asyik naik keta jer kan.bb mizan lak naik jer keta gerenti dok diam n sampai tertido ko. rasa bahagia sangat tengok gelagat anak2 depan mata kita walaupun kekadang kita penat dengan perangai diorang.ni yang rasa nak tambah anak lagi ni. time memuda gini la nak beranak ramai, bestkan ada anak ramai.adik beradik husband aku ada 16 orang,satu mak satu ayah,wahhh meriah ko.

Khamis, 6 Jun 2013

IBU MENGANDUNG BAYI KEMBAR 5


Assalamualaikum w.b.t 

Seorang wanita Republik Czech telah melahirkan bayi kembar lima yang sihat hari ini (Ahad), yang pertama yang dilahirkan di negara itu. Alexandra Kinova, 23, melahirkan empat bayi lelaki dan seorang bayi perempuan melalui pembedahan Caesarean, kata pegawai di Institut Prague untuk Penjagaan Ibu dan Kanak-kanak. 

Doktor berkata, ibu dan lima bayi beliau telah diletakkan dalam unit rawatan rapi. 
Suami Alexandra hadir semasa dia bersalin. Alexandra sudah mempunyai seorang anak lelaki dan dia membantu memilih nama untuk lima adik-beradiknya yang baru. 


 Kakitangan perubatan memeriksa Alexandra 23 tahun sebelum pembedahan di Hospital Podoli di Prague, Republik Czech



 Pakar bedah memulakan pembedahan Caesarean terhadap Alexandra


Doktor merawat salah seorang bayi yang baru dilahirkan


Empat bayi lelaki dinamakan Deniel, Michael, Alex dan Martin dan bayi perempuan dinamakan Terezka


Salah seorang bayi kembar lima yang pertama dilahirkan di Prague


                   Ibu dan lima bayi beliau telah diletakkan dalam unit rawatan rapi



Seorang jururawat merawat bayi yang baru dilahirkan. Kesemua bayi mempunyai 95 peratus peluang untuk membesar sihat

Empat bayi lelaki dinamakan Deniel, Michael, Alex dan Martin dan bayi perempuan dinamakan Terezka. 
Pasangan tersebut tidak tahu jantina semua bayi berkenaan sehinggalah mereka dilahirkan kerana dua bayi terlindung semasa imbasan. 

Zbynek Stranak, ketua doktor di bahagian institut neonatal berkata kelahiran berlaku 'tanpa sebarang komplikasi.' Beliau berkata, bayi mempunyai peluang 95 peratus untuk membesar sihat. 
Ibu kepada enam anak itu tidak sedar dia mengandung lima bayi sehingga bulan lalu.

*p/s : wahh bestnyer sekali beranak dapat 5 terus..kan bagus kalo aku pun cam gini,hehehehe.berangan-angan la plak mek ni.sebelum dapat abe ngah, aku pernah preggi kembar 2 tapi umurnyer xpanjang dapat bertahan sebulan setengah jer dalam kandungan.suami aku kembar IN SHAA ALLAH jika diizinkan dapat kembar plak.amin.