Nuffnang ads

Isnin, 31 Oktober 2011

Kimi Dah Mula Berdiri

Si Kimi ni sebenarnyer dah lama mau bergayut kat tepi katil ler, kerusi ler...xleh jupe benda terus jer dia nak bergayut, tambah-tambah lagi dengan wani sendiri lagi la dia mau berdiri.

 tengok tu dia suko beno berdiri cm gtu. yang penting sikat kat tangan nk wt rambut trojan.hahahahha

 tunjuk sikat ibu yer....sayang anak ibu ni

manis sungguh senyumanmu itu.menggoda ibu

Khamis, 27 Oktober 2011

Kamu Tinggalkan Nama Baikmu






*p/s: YA ALLAH KAU berikanlah kekuatan kepada isteri arwah ayahcik n anak-anaknyer utk meneruskan hidup tanpa ayahcik.dan KAU murahkanlah rezki kepada mereka semua.

Selasa, 25 Oktober 2011

Perginya Tak Kembali Lagi..17 OKTOBER 2011, ISNIN

 Sayu hatiku bila teringatkan seseorang yang aku sayangi....tapi DIA lebih menyayanginyer lagi.aku redha dengan ketentuanNYA. ayahcik pergi meninggalkan kami secara mengejut. AL-FATIHAH...

aku kesian tengok anak-anak ayahcik yang masih kecil lagi.yang sulung baru umur 14tahun.yang bongsu plak 1tahun 8 bulan.masih tidak mengerti aper-aper lagi. yang baju warna pink tu, memang cerdik baru berusia 6tahun,dia kata sunyi abah xder sambil nangis.

 gambar ni diambil ketika hari raya aidilfitri 2011. satu keluarga yang bahagia tapi tidak kekal lama di atas dunia. umur ayahcik baru 47 tahun masih gagah lagi tuk buat keje. utk memelihara isteri n anak-anaknyer ayahcik keje sebagai tukang buat umah. hari minggu pun ayahcik keje jgk jika ada orang kampung srh buat aper-aper keje.ayahcik memang bekerja keras selama hidup dia di atas dunia ini. itu sebab la dia banyak uban n dia nampak lebih tua daripada abang-abangnyer yang kini berusia 50thn ke atas. ayahcik merupakan anak ketiga daripada 4 adik beradik. umi aku lak anak bongsu.

 ayahcik pergimu tak mungkin kembali lagi di atas dunia ini. semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan  orang-orang yang beriman. akanku kenang dikau selagi hayatku dikandung badan.

 lepas jer hari raya aidilfitri, kamu asyik menceritakan pasal mati jer..rupenyer itu petanda kamu akan pergi meninggalkan isteri,anak-anak,mek n sanak saudara kamu buat selamanyer. sungguh tidakku sangka kamu pergi terlalu awal.

ayahcik : kalo boleh abang xnak sakit lama2,abang xnak nyusahkan ta(isteri).kalo nak mati, biarlah mati terus.


ayahcik sempat meninggalkan kenangan terakhir buat kami semua.ini kisah hari jumaat 3 hari sebelum dia meninggalkan kami semua. pagi jumaat n pagi sabtu ayahcik sempat buat keje ni kat umah aku. petang jumaat tu dia rasa xsedap badan.dia kata mungkin sakit urat. jadi petang jumaat tu dia xwt la keje ni. dia sambung plak pagi sabtu. petang sabtu tu memang dia xlarat dah.sakit pinggang, sakit badan mula menyerang tubuh ayahcik. ayahcik kata dia nak siapkan jugak keje ni takut xsempat.rupa-rupanyer memang xsempat dah.



mek (nenek aku selaku ibu kepada ayahcik) sebak sangat sampai xleh tengok keje-keje yang ayahcik buat ni. yang tengah jalan tu la mek aku. kekadang mai terlintas di fikiran mek tentang anak kesayangannyer.

                             
pagi ahad ayahcik sempat hantar anak-anak dia ke sekolah. petang plak dia cirit-birit lak. badan dia memang dah letih, dah xbermaya dah sebab dah  2 hari dah ayahcik xlalu makan nasi, itu sebab dia cirit-birit. ayahcik dah xlarat dah nak cucur air tuk basuh buntut dia. cikta la yang tolong cucur air tapi ayahcik xbagi basuh buntut dia nak basuh sendiri. ayahcik rasa pelik naper keluar tahi hitam semasa dia buang air besar.balas cikta,orang-orang tua kata kalo keluar tahi hitam nak mati.ayahcik pun balas, mungkin dia nak mati kot..MASYAALLAH.mungkin ayahcik dah dapat rasa dah masa dia xlama atas dunia ni cuma xterkeluar dari mulut jer tuk bgtau isteri tercintanyer.

ahad malam tu, cikta suruh ayahcik g hospital tuk masukkan air dalam tubuh supaya badan bertenaga ckit.ayahcik setuju. jadi abang ayahcik (selaku bapa saudara sulungku) bawa ayahcik g hospital lati pasir mas.

time ni doktor tengah cek ayahcik.


ayahcik baring atas katil

time ni ayahcik dimasukkan air ke dalam badan..tengok ayahcik ok jer time ni.boleh bercakap-cakap lagi dengan isteri dia.

sedih rasanyer tengok keadaan ayahcik ni


ayahcik tiba-tiba rasa lapar nak makan nasi. abang ayahcik terus g beli nasi kat kedai makan. tapi ayahcik xsempat makan nasi sebab doktor suruh segera pergi ke hospital kota bharu sebab dalam badan ayahcik terdapat kuman yang tengah menyerang organ dalaman ayahcik.

 sesampainyer ayahcik kat kecemasan, nurse-nurse n doktor hospital kota bharu dah siap sedia menunggu ayahcik kat depan pintu kecemasan. ayahcik disambut baik oleh kakitangan pihak hospital. 

masa dalam wad kecemasan, ayahcik muntah air hitam lagi seperti air arang gtu. sekali lagi doktor cek ayahcik. doktor x-ray ayahcik n nampak la kuman-kuman yang merebak dalam badan ayahcik. doktor pun ambil keputusan tuk membuang semua kuman-kuman dalam badan ayahcik tu.masa tu ayahcik elok jer sedarkan diri,nampak macam xsakit la cuma dia keletihan jer.

masa ni ayahcik dah xsedarkan diri dah sebab kene bius.time ni kira-kira 3 pagi.ni proses tuk mencuci kuman-kuman.sedih aku tengok ayahcik time ni walaupun aku xtgk real.cikta curi-curi ambil gambar ni.

adik aku menelefon aku memberitahu khabar berita tentang ayahcik.aku rasa macam disambar petir ke tubuhku mendengar berita ini.macam mimpi jer..tepat jam 2.50 petang adik aku suruh aku balik cepat-cepat takut xsempat.mendengar perkataan XSEMPAT tu membuatkan diriku seram senyuk dengan tiba-tiba.dalam kul 3petang hari isnin,adik memberitahu bahawa ayahcik dah xder... YA ALLAH YA TUHANKU betul ker aper yang aku dengar ni? air mata mengalir dengan lajunyer membasahi pipiku.kaki n tangan lak dah sejuk giler dah.terus jer aku memecut pulang ke rumah tuk kemas barang-barang tuk pulang ke kampung. suamiku nak pulang dengan kapal terbang, aku setuju jer...tapi sepupuku plak nak tumpang balik...terpaksa la kitorang batalkan hasrat nak pulang dengan kapal terbang..kami pulang dengan kereta jer...tengah sibuk-sibuk kemas barang, aku call umi tanya nak kebumi kul braper...umi plak kata belum ayahcik belum meninggal lagi...jantung ayahcik berdegup kembali..tarik nafas lega aku...kul4.30 aku bergerak pulang ke kampung,tunggu sepupu kat LRT Ampang,KUL 5.50 PETANG HARI ISNIN BERSAMAAN 17 OKTOBER 2011, aku terima panggilan lagi,sekali lagi mengejutkan aku, ayahcik dah xder!!!!!!!!!!! INNALILLAHIWAINNAHIRAAJIUUN.....

dengan lajunyer suamiku drive keta..xpernah selaju ini sebelum ni.aku xyah cakap la air mata asyik mengalir jer xleh nak sekat dah air mata aku ni...

aku asyik call orang umah jer  suruh perlambatkan pengebumian arwah ayahcik.diorang setuju nak kebumi kul12 tengah malam.kul12.30 tengah malam aku sampai kat kubur,diorang dah tunggu aku dah.nasib baik la kami sempat sampai, itupun dah kat kubur dah. aku sempat kucup arwah ayahcik.masa nak kucup aku tahan jugak air mataku ini supaya xjatuh atas muka arwah ayahcik nanti seksa dia. lega rasanyer aku dapat tatap wajah ayahcik buat kali terakhir dalam hidupku.

 aku ambil gambar ni curi-curi jer takut orang kampung tengok. walaupun aku dapat tengok sekejap jer wajah arwah ayahcik tapi hati aku puas sebab dapat kucup arwah ayahcik.

hampir selesai proses pengebumian arwah ayahcik.

motor peninggalan arwah ayahcik

*p/s : aku xleh citer panjang-panjang dah,air mata ni asyik nak mengalir jer...sebelum air mata mengalir terpaksa la aku stopkan dulu citer ni...kengkawan, doakan semoga roh arwah ayahcik aku dicucuri rahmat dan ditemapt orang yang beriman..AMIN... AL FATIHAH..

Isnin, 17 Oktober 2011

Model Makeupku... PROMOSI MAKE OVER

Kali ini saya nak tunjuk model-model makeup saya.. untuk tempahan makeup boleh la hubungi saya. segala majlis - majlis utk makeup saya terima utk mengubah penampilan wajah anda yang sememangnyer dah cantik bertambah CANTIK DAN AYU. anda gerenti puas hati dengan hasil saya, INSYAALLAH...

MODEL PERTAMA

ZURAIDA 

MUKA SEBELUM DI TOUCH UP

 SELEPAS DI TOUCH UP OLEH SYAZWANI BRIDAL


SEAYU WAJAHMU

MODEL KEDUA

NOR IZYAN
 SEBELUM DI TOUCH UP

 SELEPAS TERKENA TOUCH UP SYAZWANI BRIDAL

 TANG MATA GITU

 WAJAH YANG MEMPESONAKAN

MODEL KETIGA

NUR RASYIQAH

 SEBELUM DI TOUCH UP

 SELEPAS DI TOUCH UP OLEH SYAZWANI BRIDAL

 TANG MATA RASYIQAH

 JELINGAN MEMUKAU KALBU





 *p/s : sesiapa yang berminat dengan sentuhan makeup saya boleh hubungi saya di talian 0125592547, telefon pejabat 03-8883 2312 or blh gtalk saya syazrulwani@gmail.com











Khamis, 13 Oktober 2011

Tiru Makeup Macam Saya

Sudah lama mau update ini blog tapi tidak kesampaian... kat umah lagi tak leh nk berbloging cibuk dengan si tembam. atas permintaan kengkawan saya yang saya sayangi, hari ni saya mau tunjuk cara saya makeup diri saya sendiri yer...

 first sekali saya pakai moisturizer nuriz...brand ape2 pun ok asalkan moisturizer. benda ni utk lembapkan kulit muka kita

 comor sampai rata kat muka

 kemudian pakai krim. saya pakai jenis BELINA.BELINA ni bagus.. xyah pakai tebal2 nipis2 jer dah mencukupi. benda ni macam pelembap jugak la.

 tepek bedak lak..bedak miyami kegemaranku

sikat kening biar rata n teratur

 ukir kening ikut bentuk kening anda.warna dark brown silky girl

 pastu letakan eyeshadow warna putih utk bagi eyeshadow tahan lama

 ni le set eyeshadow saya 120 calour.

 shading hidung guna eyeshadow warna koko

 saya guna warna biru di atas tu

 letak e.warna biru tadi kat kelopak mata tepi.


 kemudian letak warna biru tua kat tengah kelopak


 amik warna purple tepek kat hujung kelopak






pastu tepekkan warna hitam plak kt hujung mata

ini hasilnyer

lorekkan ayeliner warna hitam

kat bawah mata jugak

letakkan blusher warna pink kat dua belah pipi

jangan dilupa letak kat dagu sekali yer

sapukan maskara bawah dan atas bulu mata

sapukan lipstik simplysiti percayalah

then sapukan jugak lipglos simplysiti warna koko tua

haaa ini ler hasilnyer setelah berusaha makeupkan diri sendiri



kalo nak letak pensil bibir pun blh gak. bibir lagi nampak menyerlah

cantik x make up saya?heheheehehe

*p/s : cubalah make up yang saya ajarkan ni...kalo xfaham boleh tanya...