Nuffnang ads

Selasa, 23 Ogos 2011

Pegi Jalan Tar KL

Sudah agak lama jugak ler aku tidak mengupdatekan my blog ni... bukan malas nak update, saja melayan fb..wakawakawaka..xsempat pun nak buka blog sendiri apatah lagi blog orang lain. alhamdulillah bulan pose ni ada rezki datang berkat jual coklat. ni sumer ilham dari kawanku kak yan... tq kak yan...

sebenarnyer aku nak citer pasal aku pegi jalan tar ni..biasa ler kat kl memang xlari dari jem n sesat ngan orang ramai ni...17hb kan hari nuzul quran, suami aku cuti dia kan keje kat selangor jadi ngan aku sekali la amik peluang cuti jgk kan. aku n suami pegi jalan tar ni ngan LRT senang xyah terjebak ngan jalan jem ni. harith mesti ler kene bawa sekali, dia kaki jalan. parking jer keta kat bandar tasik selatan terus amik LRT. pada mulanyer nak naik LRT kat sungai besi tapi parking keta plak dah penuh terpaksa la naik kt bandar tasik selatan.

 kimie kene tinggal kat adik aku...susah bawa budak kalo nk g pegi beli barang2 kat jalan tar.. 


 haaa tengok kimie dah pandai ikut aku dah..dia dah kenal saper ibunyer, melalak la si kimie ni nak ikut jgk...nsb baik time nk g kijo dia xnangis baik plak tu...dia tahu la ibu nk g kijo.

 ramai tul orang kat sogo..nak pilih barang2 pun tak selesa..aku sempat jgk la beli seluar jenas kat situ..ok la daripada xbeli langsung kan...nak try seluar jeans pun kene bratur panjang, letih nooo...

 orang2 pun tengah rilek jer kat tepi pagar tu haaaa...korang nampak x?

ni model sogo...wakawakawakawaka...

*p/s : kul12 tghr ni aku nak balik klate dah... huuuuu bestnyer xterkata dapat halfday hari..tq sama en. azhar n bos2 ku tersayang...kamu memang memahami diriku...dapat jgk ler aku merasa bulan ramadhan kat kampung halaman...

Selasa, 16 Ogos 2011

Coklat Homemade n Praline

Fuhhhh akhirnyer siap jgk tempahan coklat dari clien aku ni.. hr sabtu n ahad memang aku bertungkus lumus menyiapkan tempahan ni sebabnyer minggu depan nk p beli baju melayu tuk anak bujang aku...takut xsempat siap tempahan coklat tu terpaksa la aku mengadap jer coklat tu 2 hari... Hakimi n Harith, ayah jaga sepenuhnyer... aku xsempat nk jaga pun cbuk wt coklat tu..itupun belum siap lg tempahan coklat tu..kene sambung hr keje jgk ler nmpknyer...

 ni corak ketupat

 shell

 ni pun shell jgk just tmbh corak putih jer kt atas tu

 ni campur...strewbery nmpk sedikit pucat sebab aku warnakan warna pink..kalo real xpucat tau


yang ni khas tuk unit pengurusan projek..k.nora blanjer

Selasa, 9 Ogos 2011

Sira Labu Manisan vs Ketupat Sotong di Bulan Ramadhan

 Haiiii banyak sungguh makanan di bulan yang mulia ni bulan ramadhan...kalo bukan bulan ramadhan xdek lak makanan cam gini kan...

 sira labu ni, saya letak daun pandan, air n gula melaka..tu jer..very simple

 ini ler ruper labu yang telah disira

 saya wt 9 ekor sotong yang bersaiz sederhana besar



siap dah ketupat sotong saya

Ayam Panggang

Hai sumer.... bersua kembali agak lame jgk la x update ini blog.... wt masa sekarang tidak berkesempatan plop nak update...xper hari ni dah boleh start berblogging dah,yeahhhhh!!!!!! hari ni aku nak citer pasal masakan kedua iaitu ayam panggang yang menggunakan ovenku...wakawakawaka... ayam ni sebenarnyer telah dipanggang sehari sebelum menjelmanyer bulan ramadhan...

 ni dah siap dicampur ngan bahan2 nyer...

bahan-bahannyer ialah :

4 ketul ayam ( dibersihkan dengan air limau)
1 sudu makan ketumbar (disangai)*
1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
gula melaka(ikut nak bubuh banyak mana asalkan sedap)
garam secukup rasa

tumbuk / kisar bahan yang bertanda * n gaul bersama ayam tadi n perap la semalaman...lagi lama perap lagi sodap....then boleh ler bakar macam gambar kat bawah ni.suhu 190-200 darjah selama 1 jam


 haaa ni ler ruper ayam yang tengah dipanggang dengan oven..yang  kat bawah tu hati n kaki ayam


 jeng jeng... ayam dah pun masak...yum..yum..yum



*p/s : ayam ni kami makan time makan malam n sahur tuk first berpose.CUBALAH KENGKAWAN YER....SELAMAT MENCUBA

Khamis, 4 Ogos 2011

Puasa Tidak Jejas Susu Ibu...

Walaupun aku dah xnyusukan anak lagi...ini tetap jadi panduan tuk aku di masa akan datang.. jadi bagi ibu-ibu yang menyusu tu boleh r tengok panduan ni bila tibanyer puasa sebulan... aku amik panduan ni dari paper berita harian bertarikh 4 ogos 2011



PERSEDIAAN PUASA IBU MENYUSU

1. Melewatkan sahur
2. Berbuka awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang
3. Minum cukup air
4. Moreh
5. Memerah susu di awal hari
6.Berdoa
7. Bertawakal

KEBAIKAN MENYUSU BUAT IBU

1. Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
2. Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
4. Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
5. Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
6. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak


KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI

1. Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
2. Mengurangkan masalah sistem penghadaman
3. Mengurangkan masalah alahan
4. Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
5. Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetis untuk bayi apabila dewasa kelak
6. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik ( IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)

*p/s : sedih gak xnyusu kat anak...sempat bagi susu badan kat masa bb 2bulan setengah jer sebabnyer masa tu tinggal bb kat umi sementara dapat cari bs kat putrajaya...

Selasa, 2 Ogos 2011

Doaku Buat Kekasih

image

Ya-Rabbul Ariffin Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku


Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi


Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Allah ya tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini


Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan
Kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin... Ya Rabbal A'lamin